HomeIsu tempatanUMS fokus aspek Darjah Kegembiraan sebagai usaha tingkat produktiviti kakitangan

UMS fokus aspek Darjah Kegembiraan sebagai usaha tingkat produktiviti kakitangan

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus menekankan aspek Darjah Kegembiraan dalam kalangan kakitangannya sebagai usaha meningkatkan produktiviti para kakitangan dalam melaksanakan penyampaian perkhidmatan. 

Penekanan tersebut diukur hasil dari Kaji Selidik Darjah Kegembiraan UMS (DK-UMS) yang diambil dalam kalangan kakitangan sama ada staf akademik, pengurusan mahupun kakitangan kumpulan sokongan universiti. 

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, Kaji Selidik DK-UMS itu sangat penting dalam membantu UMS melakukan penambahbaikan berterusan dalam pelbagai aspek di tempat kerja. 

“Hasil kaji selidik ini telah membantu pihak pengurusan strategik UMS untuk merangka strategi organisasi yang berkesan, inisiatif strategik yang mampu meningkatkan kepuasan kakitangan, pelan tindakan untuk membudayakan aktiviti-aktiviti yang meningkatkan darjah kegembiraan kakitangan dan memastikan kelestarian dan kejayaan jangka panjang universiti.

“Perkara ini dimasukkan dalam Pelan Strategik UMS 2023-2027 di bawah Bidang Keberhasilan Utama Ke-6 iaitu Pemerkasaan Tadbir Urus, Sumber Manusia dan Sistem Penyampaian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena sesi perjumpaan bersama Jawatankuasa DK-UMS bagi membentangkan laporan hasil kaji selidik tersebut. 

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kaji Selidik DK-UMS, Prof. Madya Dr. Muhammad Idris ketika membentangkan laporan tersebut memaklumkan, peningkatan DK-UMS kepada 73 peratus pada tahun 2023 mencerminkan peningkatan yang berterusan dan proses perubahan yang positif sedang berlaku terhadap usaha memastikan setiap staf mencapai kepuasan, keseronokan dan kesejahteraan keseluruhan yang berkait dengan tugas dan tanggungjawab kakitangan.

Katanya, peningkatan tersebut turut selari dengan kedudukan Malaysia iaitu berada di tangga ke-55 negara paling bahagia di dunia pada tahun 2023 berbanding kedudukan ke-70 pada tahun 2022.

“Kegembiraan dalam bekerja boleh dilihat melalui keterlibatan, motivasi dan semangat yang ditunjukkan oleh semua kakitangan UMS. 

“Faktor-faktor seperti memiliki autonomi dalam pekerjaan, hubungan yang baik dengan rakan kerja dan pihak atasan, peluang untuk berkembang, keseimbangan antara kehidupan kerja dan peribadi, serta keselarasan nilai individu dengan tujuan organisasi, semuanya mempengaruhi tahap kegembiraan di tempat kerja,” katanya.

Hadir sama pada perjumpaan tersebut Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Sirahim Abdullah.  – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular