HomePolitikMemang tugas pembangkang 'menidakkan' usaha baik Kerajaan GRS-PH Plus - Nizam

Memang tugas pembangkang ‘menidakkan’ usaha baik Kerajaan GRS-PH Plus – Nizam

Read Time:2 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan percaya kejayaan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan Harapan (PH) Plus meningkatkan pembangunan dan ekonomi negeri Sabah dicemburui khususnya oleh pihak pembangkang di negeri ini.

Ini adalah kerana beliau melihat tindakan pihak pembangkang yang cuba menjatuhkan kerajaan pada hari ini dilihat sebagai menidakkan usaha baik atau kejayaan yang telah dicapai oleh Kerajaan GRS-PH Plus sepanjang mentadbir negeri ini.

“Mungkin itu adalah tugas mereka untuk terus menjadi pembangkang kerana di dalam fikiran mereka hanya untuk menidakkan sebarang usaha baik yang dilakukan oleh Kerajaan GRS-PH Plus yang telah terbukti telah mengubah kedudukan ekonomi negeri Sabah.

“Ini kerana bila kita menjadi kerajaan pada tahun 2020 dan sekarang pada tahun 2024 kita lihat peningkatan ekonomi negeri Sabah semakin menunjukkan hala tuju yang positif.

“Dan sekarang jelas kerajaan hari ini di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor jelas menuju ke arah pembelaan rakyat dan membangunkan negeri ini dengan lebih holistik lagi termasuk penekanan tiga sektor utama iaitu perindustrian, pelancongan dan kelestarian kehijauan dalam kita meneroka contohnya dalam sektor tenaga yang diperbaharui.

“Selain kita cuba untuk membasmi kemiskinan dengan mengadakan program-program menggalakkan supaya syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat – syarikat pelabur untuk mengambil anak-anak Sabah sebagai pekerja di syarikat tersebut.

“Begitu juga memberikan Rumah Mesra SMJ kepada mereka yang layak, jadi ini adalah semua perkara-perkara yang menunjukkan kerajaan hari ini adalah kerajaan yang benar-benar serius dan tidak terlalu berpolitik seperti pihak pembangkang yang mana kita lihat hari-hari menyerang kerana mereka sudah tidak ada isu untuk menyerang kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor,” tegas Nizam semasa Program Berbuka Puasa di sini, pada Ahad.

Ditanya mengenai kerjasama Umno/Barisan Nasional (BN) Sabah bersama Warisan, Nizam enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu sebaliknya fokus terhadap usaha membangunkan rakyat dan negeri Sabah.

“Memang sekarang kita bersiap sedia apa juga sebarang kemungkinan dan berkaitan tentang parti Umno dan Warisan itu saya tidak mahu komen kerana itu adalah urusan parti mereka, kepada siapa mereka mahu bergabung terserah mereka.

“Fokus kita sekarang untuk membangunkan negeri kerana kita masih ada setahun setengah untuk melaksanakan apa juga program-program yang telah kita rancang yang memberi manfaat kepada rakyat dan negeri Sabah,” tegas beliau lagi.

Mengulas ringkas mengenai kenyataan Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang tidak akan bekerjasama dengan GRS pada Pilihan Raya Negeri ke-17 akan datang, Nizam berkata, GRS juga tidak mahu bekerjasama dengan Warisan.

“Kita pun tidak mahu bekerjasama dengan mereka,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular