HomeUtamaMUIS kutip lebih RM16 juta pungutan zakat

MUIS kutip lebih RM16 juta pungutan zakat

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) berjaya mengutip lebih RM16 juta pungutan zakat yang direkodkan sehingga 25 Mac tahun ini.

Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin berkata, pungutan zakat menerusi penggajian menjadi penyumbang terbesar sebanyak sebanyak RM11,105,716.63 bersamaan 68.43 peratus jumlah pungutan zakat.

“Selain itu, zakat pendapatan menyumbang RM1,991,428.09 (12.27%), zakat simpanan sebanyak RM 1,888,853.12 (11.64%), zakat perniagaan RM 960,185.87 (5.92%) dan zakat emas serta perak sebanyak RM 219,123.50 (1.35%).

“Manakala, bagi zakat saham adalah sebanyak RM 46,898.51 (0.29%) , pertanian RM 12,040.21 (0.07%) dan zakat ternakan sebanyak RM5,636,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Tahun 2023 Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd kepada MUIS yang disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Yahya berkata, pihaknya berharap lebih ramai individu persendirian dan syarikat tampil berusaha membayar zakat pada tahun ini.

Sementara itu, Pengerusi Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd, Ahmad Rizal Dahli berkata pihaknya bersyukur dapat meneruskan tanggungjawab menyampaikan zakat kepada MUIS dan berharap akan dapat terus menyumbang kepada masyarakat di negeri ini.

“Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM 804,807 untuk tahun semasa (haul 2023) dan mudah-mudahan dapat menyumbang lebih pada tahun akan datang,” katanya.

Hadir sama, Ahli-Ahli Majlis Tertinggi MUIS, Datuk Dr Sairin Karno dan Datuk Mohd. Dandan @ Ame Alidin, Pengarah Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd, Assan Nasip serta  Penasihat Pengarah Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd, Nazaruddin Abdul Rahim.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular