HomeIsu tempatanUMS, Adabi agih 3,500 pek juadah berbuka bubur lambuk

UMS, Adabi agih 3,500 pek juadah berbuka bubur lambuk

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 3,500 juadah berbuka bubuk lambuk diagihkan kepada pelajar, kakitangan serta orang awam dalam program ‘Bah, Sungkai Kita Bubur Lambuk 3.0!’.

Program anjuran Pusat Minda Lestari (PML) Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu ditaja Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd (Adabi).

Pengarah PML, Dr. Suwaibah Zakaria berkata, program itu antara lain bertujuan mengeratkan hubungan dan memupuk semangat kerjasama antara warga PML dan kakitangan UMS serta agensi luar.

“Program ini juga salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat kami di samping meraih keberkatan dan fadhilat dalam bulan Ramadan Al-Mubarak.

“Antara aktiviti yang dijalankan hari ini adalah penyediaan bahan masakan, memasak, membungkus serta pengagihan bubur lambuk kepada semua warga UMS dan orang awam.

“Diharapkan pelaksanaan program ini dapat memberi manfaat kepada semua warga UMS dan agensi terlibat dalam menyemarakkan budaya bersedekah dalam bulan Ramadan Al-Mubarak,” katanya.

Program anjuran kali ketiga sejak 2022 itu disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor di pintu utama UMS.

Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Fakulti Pengajian Islam, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita UMS serta Kesatuan Kakitangan Am UMS.

Turut serta dalam agihan tersebut Ketua Pustakawan, Md Sazali Md Salleh; Pengurus Adabi Sabah, Muhammad Zahari Muhammad Nasir; Penolong Naib Canselor (Strategik), Profesor Dr. Mohammad Saffree Jeffree serta ketua-ketua jabatan UMS. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan raya JPJ platform eratkan silaturahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya