HomeIsu tempatanMPWS, JHEWA santuni saudara baru

MPWS, JHEWA santuni saudara baru

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) bersama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) menyantuni tiga buah rumah pertubuhan di sekitar daerah Kota Kinabalu.

Pengerusinya, Datuk Dr. Tarsiah TZ Taman berkata, rumah-rumah pertubuhan tersebut merupakan tempat perlindungan saudara-saudara baru yang ingin belajar.

“Pada hari ini, MPWS dan JHEWA bersama-sama menyantuni saudara-saudara baru di tiga rumah pertubuhan iaitu Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia (KDMRS Muslim) di Putatan, Penghuni Hidayah Centre Foundation, Alamesra dan Pertubuhan Rumah Kebajikan Perlindungan Saudara Kita (SAHABAT), Likas.

“Dalam program ini, seramai 75 penghuni dari tiga pertubuhan menerima sumbangan wang tunai, pakaian, buah kurma dan juga bahan makanan bagi memudahkan mereka menjalani ibadah puasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Program Ziarah Kasih Ramadhan 1445H/2024M MPWS dan JHEWA, di sini baru-baru ini.

Tarsiah berkata, pihaknya berharap sumbangan itu mampu menggembirakan kepada  saudara baru untuk menjalani ibadah puasa bersama keluarga tercinta juga kawan-kawan.

Hadir sama, Pengarah JHEWA, Haslina Ismail, Timbalan Pengerusi Induk MPWS, Baiyah Ag. Mahmon, Ahli Jawatankuasa Induk MPWS, Datuk Eliza Goh, Pengerusi Hidayah Centre Foundation, Zul Azrie Dahim serta Pengerusi Kawasan KDMRS Muslim dan SAHABAT, Johari Abdullah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular