HomeUtamaSubsidi tiket penerbangan beri manfaat 18,000 pelajar Sabah - Nizam

Subsidi tiket penerbangan beri manfaat 18,000 pelajar Sabah – Nizam

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Subsidi tiket penerbangan memberi manfaat kira-kira 18,000 pelajar Sabah yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta di Semenanjung, Sarawak dan Labuan, kata
Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (gambar).

“Saya menyambut baik pengumuman Ketua Menteri Sabah berkaitan subsidi tiket penerbangan yang berjumlah RM10 juta untuk semua pelajar Sabah yang menuntut di IPTA dan Swasta di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

“Subsidi tiket penerbangan ini akan memberi manfaat kepada sekitar 18,000 pelajar untuk pulang ke kampung halaman bertemu keluarga tersayang menjelang Aidilfitri,” katanya.

Menurut Nizam, kerajaan Sabah juga memperuntukkan sebanyak RM67.4 juta untuk Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun ini bagi membantu anak-anak Sabah melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara. Jumlah peruntukan ini meningkat sebanyak RM13.6 juta berbanding peruntukan tahun lepas.

Katanya, pengumuman penting ini membuktikan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan Harapan (PH) Plus di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor serius dalam membantu dan meningkatkan pendidikan anak-anak Sabah.

“Hasrat Kerajaan Sabah selaras dengan pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya ialah untuk memperkukuhkan pembangunan modal insan dan meningkatkan tahap pendidikan di Sabah.

“Semoga dengan usaha-usaha yang diambil kerajaan Sabah akan meningkatkan semangat anak-anak Sabah untuk terus mengejar dan mencapai impian mereka,” tambah beliau lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Tambah baik jejantas Petagas bakal tingkat keselamatan penduduk – Shahelmey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular