HomeUtamaMUTIARA GRS sumbang kuih Raya untuk pasukan keselamatan, petugas kesihatan

MUTIARA GRS sumbang kuih Raya untuk pasukan keselamatan, petugas kesihatan

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat
Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) Datin Seri
Juliah Salag bersama ahlinya membungkus kuih muih Hari Raya Aidilfitri untuk diagihkan kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di negeri ini.

Majlis Pembungkusan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri itu dianjurkan oleh Biro Kebajikan MUTIARA GRS, diadakan di Rumah MUTIARA GRS, Jalan Penampang pada Rabu.

MUTIARA GRS menyumbang sebanyak 380 bakul yang mengandungi kuih muih Hari Raya tradisional dan moden, kurma, serunding, minuman dan lain-lain.

Julia berkata, sumbangan bakul itu bagi mengenang jasa dan pengorbanan para perwira di barisan hadapan yang bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri.

“Mudah-mudahan dengan sedikit sumbangan kuih muih ini akan menceriakan mereka semasa bertugas dan menjalankan amanah bagi membolehkan rakyat menyambut
Aidilfitri”, katanya.

Naib Yang Dipertua II MUTIARA GRS yang juga Pengerusi Biro Kebajikan, Datin Linda
Ewit berkata, jumlah bakul kuih muih yang disumbangkan lebih banyak tahun ini berbanding tahun lalu.

“Selain pasukan keselamatan dan petugas kesihatan, tahun ini MUTIARA GRS turut menyumbang kepada pihak Imigresen dan Kastam terutama mereka yang akan bertugas pada 1 Syawal ini.

Menurutnya Juliah akan menyerahkan bakul kuih muih Hari Raya itu kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang kemudiannya akan menyerahkannya kepada pasukan keselamatan, petugas kesihatan dan lain-lain yang dijadualkan diadakan pada 4 April 2024 depan.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular