HomeIsu tempatanPETRONAS sumbang 6,736 karton air minuman kepada JPBN Sabah

PETRONAS sumbang 6,736 karton air minuman kepada JPBN Sabah

Read Time:47 Second

Kota Kinabalu : Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menyumbangkan sebanyak 6,736 karton air minuman kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (JPBN) untuk diagih-agihkan kepada penduduk di daerah-daerah yang terjejas oleh kemarau di negeri ini.

Pengurus Besar Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab berkata, pihaknya berharap usaha itu akan dapat membantu meringankan beban pengguna yang terjejas akibat kemarau.

“Kami berharap usaha ini akan  sedikit sebanyak  membantu mereka yang terjejas oleh kemarau yang berpanjangan dan juga menyokong usaha-usaha yang sedang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan,” katanya.

Sumbangan itu diserahkan kepada Setiausaha Hal Ehwal Dalam  Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri, Datuk Awang Shahminan Datuk Awang Sahari, yang juga Setiausaha JPBN Negeri Sabah.

JPBN akan menyelaraskan pengedaran bantuan ini ke daerah-daerah yang terjejas oleh kemarau.

Inisiatif ini menunjukkan usaha berterusan PETRONAS dalam melaksanakan aktiviti impak sosial dan menyumbang kepada kesejahteraan Masyarakat di negeri ini. – SABAH MEDIA / FOTO PETRONAS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Yayasan Qhazanah Sabah ceriakan pesakit Hospital Sipitang menerusi sumbangan krismas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular