HomeUtamaHajiji sempurnakan Istiqbal Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri

Hajiji sempurnakan Istiqbal Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri

Read Time:43 Second

Kota Kinabalu : Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor semalam menyempurnakan Istiqbal Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri 1445H/2024H di Masjid Negeri Sabah di sini.

Beliau turut menyampaikan sumbangan daripada Perbadanan Baitumal Negeri Sabah (PBNS) kepada 30 asnaf dari kawasan Kota Kinabalu.

Selepas berbuka puasa, Hajiji turut menunaikan solat fardhu Maghrib, solat Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah.

Antara pengisian majlis  itu  ialah Tazkirah Khas  Nurul  Al-Quran oleh penceramah  jemputan  dari Indonesia, Ustaz Derry Sulaiman.

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr.Mohd Arifin Mohd.Arif dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain.

Selain itu turut hadir sama Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Yahya Hussin dan Pengerusi PBNS, Datuk Dr. Omar Raisul As-Salam Syah Datuk Sulaiman Omar. – SABAH MEDIA / FOTO JKM

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya