HomeUtamaSatu Cawangan KK Mart Dilempar Bom Petrol Pagi Ini

Satu Cawangan KK Mart Dilempar Bom Petrol Pagi Ini

Read Time:1 Minute, 13 Second

KUALA LUMPUR – Satu Cawangan KK Mart di laporkan terbakar akibat dilontar bom petrol pagi ini.

Kejadian yang berlaku  sekitar jam 5.14 pagi di Sungai Isap Kuantan itu menyebabkan kebakaran kecil pada karpet di laluan masuk premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, semasa kejadian terdapat seorang juruwang berada di kaunter bayaran sambil bersahur manakala seorang lagi pekerja lelaki menyusun barang di rak bahagian belakang.

“Pada masa itu, secara tiba-tiba juruwang terbabit terkejut kerana ada satu balingan molotov cocktail dari luar premis dan betul-betul jatuh di atas karpet laluan masuk ke dalam KK Mart hingga tercetus kebakaran kecil.

“Saksi panik dan terus mengambil alat pemadam api lalu cuba memadamkan api daripada terus merebak dan api berjaya dipadamkan,” katanya.

Dalam masa sama, rakannya terus menghubungi majikannya yang kemudian melaporkan kejadian tersebut kepada polis dan bomba.

Ekoran kejadian itu, terdapat rak jualan dalam premis KK Mart termasuk beberapa barang jualan telah mengalami sedikit kerosakan akibat terkena percikan api dan kerugiaan dianggarkan sebanyak RM500.

Wan Zahari berkata, premis KK Mart ini baru beroperasi selama dua minggu.

Di sebelah kiri dan kanan premis berkenaan adalah Kedai Hardware dan Arabian Market.

“Pegawai penyiasat akan meneliti semula rakaman kamera litar tertutup di premis bersebelahan bagi mengenal pasti atau mendapatkan maklumat tambahan berkaitan suspek.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada isu penjualan stokin tertera kalimah Allah yang terkait dengan KK Mart sebelum ini,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan. 

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular