HomeUtama100 anak yatim, asnaf disantuni dalam program 'Shopping Raya'

100 anak yatim, asnaf disantuni dalam program ‘Shopping Raya’

Read Time:1 Minute, 41 Second

Kota Kinabalu : Seramai 100 anak-anak yatim dan asnaf sekitar kawasan Parlimen Sepanggar disantuni dalam Program ‘Shopping Raya’ bertempat di Servay Hypermarket Likas di sini hari ini.

Program yang dihadiri isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) itu dianjurkan bersama Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dan syarikat korporat, Kim Teck Cheong (KTC) Consolidated Berhad.

Anak-anak yatim dan asnaf yang berusia 12 tahun ke bawah itu setiap seorang mendapat belian pakaian Hari Raya bernilai RM200.

Bercakap kepada pemberita di majlis itu, Juliah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Wanita Gagasan Rakyat dan KTC kerana menganjurkan program yang amat bermakna dan memberi keceriaan serta kegembiraan kepada anak-anak yatim dan asnaf menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC), syarikat swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) dan orang perseorangan yang mampu wajar tampil membantu golongan kurang bernasib baik yang memerlukan perhatian dan pembelaan.

Menurutnya, selain kerajaan, sektor swasta dan korporat, GLC dan NGOs perlu memainkan peranan pro-aktif dalam menganjurkan dan melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

“Menerusi program dan aktiviti kerja amal serta pelbagai jenis bantuan yang diberikan kepada masyarakat setempat dan golongan yang memerlukan, ianya dapat mengimarahkan dan menambahkan lagi amalan di bulan Ramadan,” katanya.

Juliah juga menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau keadaan dan kesihatan anak-anak mereka semasa cuaca panas ketika ini.

“Mereka juga perlu mengelak bermain bunga api sehingga menyebabkan musibah yang tidak diingini seperti kecederaan pada tangan atau mengakibatkan kebakaran.

“Kepada keluarga dan individu yang akan balik ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri, memandu secara berhemah, berhati-hati dan sentiasa mengutamakan keselamatan di jalan raya,” katanya.

Turut hadir ialah Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Redonah Bahanda, Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau dan isteri Datin Yee Tsai Siew, Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi, Ketua Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Datuk Awang Kadin Tang dan pemimpin serta ahli-ahli MUTIARA GRS. – SABAH MEDIA / FOTO JKM

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular