HomeIsu tempatanPergerakan wanita USIA ambil pendekatan perkasa ekonomi golongan wanita, ibu tunggal

Pergerakan wanita USIA ambil pendekatan perkasa ekonomi golongan wanita, ibu tunggal

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Pergerakan Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) mengambil pendekatan yang lebih efektif dalam memperkasakan pembangunan ekonomi golongan wanita dan ibu-ibu tunggal di negeri ini.

Ketua Wanita (USIA) Pusat, Datuk Siti Aminah Aching berkata, golongan wanita terutama ibu-ibu tunggal turut terkesan dengan pelbagai cabaran ketidakstabilan ekonomi.

Katanya, bagi memartabatkan golongan wanita terutama ibu-ibu tunggal kepada program dakwah sebagai keutamaan, wanita USIA juga turut memfokuskan kemahiran dan pengetahuan kearah menjana ekonomi.

“Kita ada menubuhkan satu jawatankuasa usahawan, usahawan wanita dimana kita akan membawa wanita-wanita ni kearah serta mempelajari atau mengikuti kursus-kursus usahawan supaya mereka akan dapat menjana pendapatan mereka sendiri.

“Selain itu ia juga akan dapat membantu, untuk meningkatkan pendapatan keluarga masing-masing dan ini program ini kita akan bawa ke bahagian masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Sentuhan Kasih Ramadhan anjuran Wanita USIA di Kota Kinabalu.

Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, pihaknya akan memberi pendedahan awal ke setiap kawasan yang boleh membantu meningkatklan kefahaman dan kemahiran wanita dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

Dalam perkembangan lain, pelbagai program turut dirancang sepanjang tahun ini antaranya program jelajah ke seluruh kawasan di negeri ini bagi mengukuhkan ukwah dikalangan Wanita USIA dengan masyarakat setempat.

Sepanjang bulan Ramadan ini, pihak Wanita USIA juga turut aktif dalam pelaksanaan program bertadarus, Khatam Al-Quran, program berbuka puasa setiap bahagian, Kelas A-Quran dan Tahsin Al-Quran. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular