HomeUtamaMUIS terbuka terhadap sebarang proses siasatan pihak berkuasa

MUIS terbuka terhadap sebarang proses siasatan pihak berkuasa

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sentiasa terbuka terhadap sebarang proses siasatan dari pihak berkuasa bagi memastikan imej dan integriti MUIS kekal bersih tanpa sebarang unsur salahguna kuasa.

Yang Di-Pertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin berkata, ia termasuklah proses siasatan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, pihaknya telah membuat satu laporan polis pada 28 Mac lalu melibatkan tuduhan-tuduhan yang tular kononnya terdapat salahguna kuasa di dalam pentadbiran MUIS.

“Ini termasuklah isu berkaitan pembayaran bonus kepada kakitangan MUIS yang menggunakan sumber Tabung Zakat tanpa proses kelulusan, dan juga dakwaan kononnya Ketua Pegawai Eksekutif MUIS telah mengarahkan pemindahan wang Tabung Zakat ke Tabung Am (Pengurusan) berjumlah RM14 juta tanpa proses kelulusan.

“Laporan polis tersebut dibuat bagi tujuan siasatan kerana tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas pihak MUIS tersebut adalah jelas tidak berasas dan juga merupakan suatu fitnah (defamatory) terhadap pihak MUIS,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yahya berkata, bagi menjaga nama baik MUIS, Surat Tuntutan Peguam juga telah dihantar kepada penyebar tuduhan-tuduhan tersebut pada hari ini yang antara lainnya menuntut suatu Permohonan Maaf Secara Terbuka kepada pihak MUIS di dalam tempoh 24 jam.

Katanya, sekiranya gagal dibuat, saman akan difailkan serta merta terhadap penyebar tuduhan-tuduhan tersebut bagi menuntut keadilan.

Untuk rekod, pembahagian wang zakat pada tahun lalu menunjukkan jumlah kutipan wang zakat iaitu sebanyak RM141,181,101.74 telah dibahagikan kepada golongan-golongan asnaf seramai 91,060 orang.

Penerima asnaf itu melibatkan golongan Fakir sebanyak 41.1 peratus, Fisabilillah (17.9 peratus), al-Riqab (17.6 peratus), golongan Miskin (11.1 peratus), Amil (sembilan peratus), Muallaf (2.8 peratus), al-Gharimin (0.3 peratus) dan Ibnu Sabil (0.2 peratus). – SABAH MEDIA / FOTO MEDIA SOSIAL

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular