HomeUtamaKemarau : Sabah jadikan panduan hadapi situasi sama tahun depan

Kemarau : Sabah jadikan panduan hadapi situasi sama tahun depan

Read Time:1 Minute, 30 Second

Putatan : Kerajaan negeri menjadikan situasi kemarau yang berlaku pada tahun ini di Sabah sebagai panduan bagi menghadapi situasi sama pada tahun depan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, cuaca panas dijangka akan berpanjangan pada tahun depan dan perancangan sentiasa dilaksanakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan kesan fenomena El Nino.

“Perancangan memang sentiasa akan dirancang mengikut situasi semasa dan kita mengambil ikhtibar daripada keadaan El Nino yang berlaku pada tahun ini dan dijangka tahun depan ia mungkin akan lebih berpanjangan.

“Jadi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan jabatan berkaitan sedang meneliti perancangan bagaimana untuk meminimakan risiko daripada kesan El Nino itu nanti,” katanya.

Beliau berkara demikian ketika ditemui pada program tanggungjawab sosial korporat Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sempena Ramadan di pekarangan Masjid Daerah Putatan, di sini, semalam.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, operasi pembenihan awan (OPA) yang dilaksanakan di Papar, Lahad Datu dan Tawau pada akhir minggu lalu hanya satu usaha saintifik untuk menghasilkan hujan.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata, usaha itu tidak semestinya berjaya sepenuhnya kerana kejadian hujan adalah ketentuan takdir.

“Hujan ini adalah ketentuan takdir dan kita hanya berusaha. Walaupun kita sudah tentukan koordinat operasi pembenihan awan, tapi apabila di udara awan bergerak mengikut tiupan angin.

“Jadi ini kita tidak boleh jamin 100 peratus, ianya satu usaha saintifik mengikut kriteria yang berkaitan,” katanya.

Dalam pada itu, Shahelmey berkata operasi pembenihan awan dilaporkan turut dilakukan di Pulau Pinang pada Februari lalu, namun gagal menghasilkan hujan.

“Ia hanya boleh dilakukan apabila terdapat formasi awan yang sesuai dan kalau kita lihat atau baca pada Februari lalu ada dilakukan di Pulau Pinang tetapi tidak menghasilkan hujan.

“Jadi, kita beruntung untuk negeri Sabah yang dilakukan penghujung bulan lalu ianya berjaya.Tapi pembenihan awan ini hanyalah usaha saintifik untuk mencuba menurunkan hujan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular