HomeIsu tempatan150 penduduk hadiri majlis buka puasa KYS

150 penduduk hadiri majlis buka puasa KYS

Read Time:36 Second

Tuaran : Seramai 150 orang penduduk Kampung Batangan Baru di sini menghadiri majlis berbuka puasa bersama masyarakat di Masjid Al-Jannah di sini baru-baru ini.

Majlis anjuran Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) itu turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd Datuk Jasnih Daya.

Jasnih yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit berkata, program berbuka puasa KYS bersama masyarakat yang dianjurkan setiap tahun itu telah dilaksanakan di kampung-kampung terpilih seluruh Sabah.

Katanya, ia adalah bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pengurusan KYS, agensi Kerajaan dan masyarakat setempat.

Terdahulu, majlis tersebut dimulakan dengan pengagihan sumbangan KYS kepada 50 orang asnaf disusuli dengan berbuka puasa dan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah. – SABAH MEDIA / FOTO Yayasan Sabah

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Yayasan Qhazanah Sabah ceriakan pesakit Hospital Sipitang menerusi sumbangan krismas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular