HomeIsu tempatanMaritim Malaysia Zon Semporna agih 4,000 bubur lambuk

Maritim Malaysia Zon Semporna agih 4,000 bubur lambuk

Read Time:36 Second

Semporna: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna mengagihkan 4,000 pek bubur lambuk kepada para petugas barisan hadapan, pengerusi masjid serta tahfiz di sini.

Pengarah Zon Maritim Semporna Komander (M) Amir Shubli berkata, selain itu, agihan turut diagihkan kepada orang ramai di sekitar kuarters Maritim berkenaan.

Katanya, program  itu diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga Zon Maritim dengan komuniti setempat, di samping memupuk amalan bersedekah di bulan Ramadan.

Tambah beliau, program bubur lambuk tersebut merupakan kerjasama pihaknya bersama  Askar Wataniah, Adabi Sabah Distribution Sdn Bhd dan Petronas.

Turut menjayakan program berkenaan ialah Syarikat Petronas, Adabi, Sabah Distribution Sdn Bhd, Coop Bank, Raspand, Kumpulan Rukun Tetangga Semporna dan Persatuan Veteran Komando.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular