HomeIsu tempatanPBSM, Maggi edar 1,200 pek bubur lambuk

PBSM, Maggi edar 1,200 pek bubur lambuk

Read Time:37 Second

Kota Kinabalu : Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Sabah dengan kerjasama Maggi mengedarkan 1,200 pek bubur lambuk sempena Program Pengagihan Bubur Lambuk MAGGI.

Pengurus Operasi Nestle Products Sdn Bhd – Sabah, Tan Wallace William berkata, program tersebut adalah program tahunan dan kolaborasi kali ini merupakan tahun yang keempat Maggi bersama PBSM Sabah.

Menurut beliau, bubur berkenaan diedar kepada komuniti setempat termasuk rumah warga tua, masjid-masjid, rumah anak yatim dan hospital di sekitar daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar.

Program Bubur Lambuk Maggi itu bertujuan untuk memberikan juadah buka puasa yang berkhasiat untuk orang ramai dan pada tahun ini, Maggi telah mengagihkan sebanyak 200,000 pek bubur lambuk di 280 lokasi seluruh negara.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular