HomeIsu tempatan12 sekolah tahfiz terima sumbangan daging segar

12 sekolah tahfiz terima sumbangan daging segar

Read Time:49 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 12 sekolah tahfiz menerima sumbangan daging segar daripada Yayasan Nur Jauhar (YNJ).

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu, di sini baru-baru ini.

Pengerusi YNJ, Datuk Al Hambra Tun Juhar yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN)  berkata sebanyak 271 pek daging segar diagihkan kepada 12 sekolah tahfiz yang terpilih.

“Diharapkan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada golongan yang menerimanya. Pihak YNJ ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pengarah Urusan Hafidz Farm, Yussup Nannong selaku penaja sumbangan yang diberikan.

“Terima kasih juga kepada Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) yang juga Setiausaha Kehormat YNJ, Datuk Dr Omar Raisul As-Salam Syah Datuk Sulaiman Omar yang prihatin dalam membantu masyarakat dan memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan program ringkas ini,” katanya.

Dalam pada itu, Hafidz Farm turut menyumbangkan RM30,000 kepada YNJ dalam menyokong usaha yayasan tersebut menyantuni dan membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular