HomeUtamaDua maut terlibat nahas jalan raya di Kota Belud

Dua maut terlibat nahas jalan raya di Kota Belud

Read Time:50 Second

KOTA BELUD: Dua mangsa maut selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya di Bukit Kelawat di sini pada malam Ahad.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.42 malam (14 April).

Katanya, sepasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 16 kilometer dari balai dan mendapati kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu kereta jenis Proton Wira dan pacuan empat roda Toyota Revo.

“Terdapat dua orang mangsa tersepit dalam kereta Proton Wira dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak pegawai perubatan KKM.

“Mangsa lelaki dan perempuan, kedua-duanya berusia 28 tahun yang maut itu seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Manakala pemandu dan seorang penumpang Toyota Revo dilaporkan selamat.

“Seterusnya pasukan Bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi bagi memastikan tidak ada bahaya lain dan operasi ditamatkan pada jam 9 malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular