HomeUtamaSuspek bakar kereta mangsa bermotifkan dendam, cemburu ditangkap

Suspek bakar kereta mangsa bermotifkan dendam, cemburu ditangkap

Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BEAUFORT: Polis Beaufort berjaya menangkap seorang suspek lelaki disyaki terlibat kes membakar kereta mangsa bermotifkan dendam dan cemburu.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah mengesahkan kejadian ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Ismail, pada 13 April lalu satu tangkapan ke atas seorang lelaki telah dibuat di Sipitang kerana disyaki terlibat membakar kereta mangsa jenis Toyota Altis dipercayai bermotifkan dendam dan cemburu.

“Hasil siasatan mendapati semasa kejadian, pengadu baru sampai di rumahnya dan dimaklumkan oleh abang ipar pengadu, suspek telah bertindak masuk ke dalam kawasan rumah pengadu menggunakan kereta Perodua Bezza.

“Suspek bertindak membuka pintu kereta pengadu dan membuang sesuatu ke dalam kereta mangsa kemudian terus berlari keluar meninggalkan tempat kejadian dengan keadaan tergesa-gesa.

“Abang ipar pengadu kemudian membuat pemeriksaan pada kereta dan mendapati bahagian dalam kereta telah terbakar di bahagian kerusi hadapan sebelah pemandu, tali pinggang, stering, dashboard dan lapis bumbung. Anggaran kerugian sebanyak RM20,000,” katanya.

Bertindak atas laporan tersebut, Ismail berkata, pada hari sama kejadian, jam lebih kurang 6.30 petang, sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (JSJ IPD) Beaufort telah pergi ke sebuah rumah di kawasan Sipitang, dan telah menangkap seorang lelaki berumur lingkungan 30-an yang dipercayai adalah suspek dalam kejadian itu.

“Berdasarkan temubual awal ke atas suspek mendapati suspek mengaku telah membakar dan menyembur kereta mangsa menggunakan cat hitam.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 15 April sehingga 21 April 2024 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Empat wanita warga Filipina mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya