HomeUtamaProjek Pemuliharaan Hutan Hujan Kuamut penuhi piawaian diiktiraf peringkat antarabangsa

Projek Pemuliharaan Hutan Hujan Kuamut penuhi piawaian diiktiraf peringkat antarabangsa

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Rakan kongsi Projek Pemuliharaan Hutan Hujan Kuamut (KRCP) iaitu perkongsian awam-swasta antara Jabatan Perhutanan Sabah, Yayasan Sabah, dan Permian Malaysia, anak syarikat Permian Global telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Pada mesyuarat itu, Pengerusi Permian Global Stephen Rumsey memberi taklimat kepada Ketua Menteri mengenai projek tersebut.

Rumsey telah mengesahkan laporan pemantauan pertamanya bulan lepas mengenai projek itu yang menunjukkan bahawa ia memenuhi piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kemajuan iklim, komuniti dan biodiversiti.

Pencapaian ini membolehkan inisiatif pemuliharaan, iaitu melindungi dan memulihkan 83,381 hektar hutan hujan tropika di daerah Tongod dan Kinabatangan, untuk menjana hasil pertamanya bagi Unit Karbon Disahkan (VCU).

Sehubungan dengan itu, Hajiji berkata KRCP adalah bukti bagaimana sektor awam dan swasta boleh bekerjasama dengan cara yang berkesan dan telus yang melibatkan dan memperkasakan penyertaan masyarakat setempat dari awal lagi.

“Sabah terkenal dengan hutan biodiversitinya dan adalah penting kita melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk memeliharanya.

“Saya mahu kita membina pencapaian KRCP, melindungi sebanyak mungkin hutan kita, dan memimpin dunia dalam usaha pemuliharaan berimpak tinggi, teguh dari segi saintifik yang bukan sahaja memberi manfaat kepada alam semula jadi tetapi juga negeri dan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Permian Global telah menyediakan pelaburan untuk projek berkenaan dan turut melibatkan pihak berkuasa negeri dan rakan kongsi saintifik dan komuniti, South East Asia Rainforest
Research Partnership (SEARRP) dan organisasi berfokuskan komuniti, PACOS
Trust.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Permian Malaysia, Ivy Wong Abdillah, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Ketua Konservator Perhutanan Negeri Datuk Frederick Kugan and Pengurus Besar anak syarikat milik penuh Yayasan Sabah, Rakyat Berjaya Sdn Bhd, Dr Esther Li.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya