HomeUtamaProgram IPR Intan diteruskan tahun ini bagi penanaman nanas MD2

Program IPR Intan diteruskan tahun ini bagi penanaman nanas MD2

Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu : Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) berazam untuk melanjutkan pelaksanaan program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR INTAN) dengan membangunkan tanah seluas 300 ekar pada tahun ini bagi penanaman nanas MD2.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, penanaman nanas MD2 itu sebelum ini telah berjaya dilaksanakan di Kampung Gana Kota Marudu di tanah seluas 200 ekar pada tahun lalu.

“Ini adalah bukti komitmen kami dalam memastikan program ini tidak hanya berjaya pada tahun pertama, tetapi terus berkembang dan memberi manfaat kepada lebih ramai pekebun kecil di masa hadapan.

“Kebergantungan kepada hasil buah nanas MD2 semata-mata tidak memungkinkan impak yang besar akan dirasai, justeru LIGS kini dalam rangka untuk melebarkan lagi potensi industri nanas untuk menerokai bidang pembungkusan dan pemprosesan nanas MD2,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) di antara LIGS dengan Rompine dan Unacorp di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Peto Galim.

Jeffrey berkata, hasil yang dijangka akan mula dituai pada penghujung Oktober tahun ini akan ditambah nilai supaya para peserta akan dapat memperolehi pendapatan yang lebih baik.

Katanya, bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah, pihaknya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Ekonomi yang terus menyokong segala projek Pembangunan yang dirancang oleh LIGS.

“Hari ini, merupakan satu lagi tonggak penting dalam usaha untuk memartabatkan industri nanas MD2 di negeri Sabah. LIGS akan menandatangani dua memorandum persefahaman yang sangat signifikan.

“Memorandum pertama dengan Rompin Integrated Pineapple Industries Sdn Bhd, yang akan memastikan semua hasil buah nanas MD2 yang diusahakan akan mempunyai pasaran yang stabil dan sekaligus membantu dalam membina ekosistem industri nanas yang mampan.

“Memorandum yang bakal ditandatangani bukan sekadar jalinan Kerjasama antara Syarikat ROMPINE dan LIGS malah menjadi simbolik Kerjasama antara Kerajaan Negeri Pahang dan juga Kerajaan Negeri Sabah.

“Saya yakin akan lebih banyak kerjasama yang boleh dijalinkan antara kedua-dua negeri pada masa akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya