HomeUtamaTengkorak dan tulang ditemui dipercayai rangka manusia

Tengkorak dan tulang ditemui dipercayai rangka manusia

Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BEAUFORT: Satu tengkorak dan tulang dipercayai rangka manusia ditemui di dalam sebuah bilik rumah terbiar di Kuarters Perumahan Guru kawasan Membakut awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Beaufort, Asisten Superintendan Weddrin Mojingkin mengesahkan penemuan rangka manusia itu ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Katanya, pada jam 8 pagi tadi (17 April), dua individu lelaki yang juga pengadu telah menjumpai satu tulang rangka dipercayai rangka manusia di dalam sebuah bilik di Kuarters Perumahan Guru kawasan Membakut yang sudah lama terbiar semasa hendak melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut.

“Menurut pengadu tempat tersebut sudah lama ditinggalkan kosong tanpa penghuni sejak lebih kurang lima tahun lepas.

“Hasil siasatan ditempat kejadian, keadaan rangka mayat terlentang lengkap berpakaian dan seluar di mana badan terpisah dengan tengkorak kepala yang mana tengkorak kepala berada di kedudukan sisi badan mayat.

“Tempoh kematian dianggarkan suda lama berdasarkan atas keadaan mayat yang hanya tinggal tulang rangka sahaja,” jelasnya.

Weddrin berkata, hasil siasatan lanjut juga mendapati, terdapat satu wayar putih tersimpul bulat bergantung di atas kipas dalam bilik tersebut dan ada sebuah kerusi plastik yang telah rebah berdekatan dengan kedudukan mayat berkenaan.

“Setakat ini tiada sebarang kesan perlakuan jenayah yang dikesan di tempat kejadian,” katanya.

Menurut Weddrin lagi, kes disiasat oleh Ketua Polis Balai Membakut dan dibuka kertas siasatan mati mengejut berdasarkan siasatan tempat kejadian oleh pihak Polis.

“Mayat tersebut telah dibawa ke Hospital Beaufort untuk tujuan bedah siasat bagi mengenalpasti identiti mangsa dan punca sebenar kematian.

“Usaha mencari ahli keluarga mangsa masih sedang diteruskan. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini bolehlah berhubung dengan Ketua Polis Balai Membakut untuk membantu siasatan kes ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular