HomeIsu tempatanPolis giat kesan suspek rakam, video aibkan kehormatan seorang wanita di tandas...

Polis giat kesan suspek rakam, video aibkan kehormatan seorang wanita di tandas wanita

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Polis giat mengesan suspek lelaki disyaki terlibat mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan merakam gambar dan video di tandas wanita Jesselton Mall, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kes tersebut pada 7 April lepas, jam lebih kurang 3.34 petang.

Menurutnya, kejadian berlaku pada 6 April 2024 jam lebih kurang 8.40 malam, pengadu menyedari ada individu tidak dikenali sedang memegang telefon bimbit di bawah pintu tandas, disyaki merakam gambar dan video perbuatan pengadu.

“Susulan semakan kamera litar tertutup (CCTV) Jesselton Mall, suspek merupakan seorang lelaki dalam lingkungan umur 20-an, berbaju hitam, seluar coklat, mempunyai misai dan berjanggut nipis serta berselipar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Mohd Zaidi meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkenaan individu dalam rakaman CCTV ini supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Wan Azman Mat Salleh, di talian 012-8260050 bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya