HomePolitikKemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat - Anwar

Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar

Read Time:1 Minute, 14 Second


KOTA KINABALU: Keputusan bagi menyelesaikan kemelut Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah hanya akan diputuskan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Katanya ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.

“Mereka berikan pelbagai pandangan tentang (perkara ini), saya akan beri keputusan dalam masa yang singkat setelah berunding dengan ketua-ketua cabang.

“Kita akan rujuk kepada pimpinan Pusat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan perjumpaan khas MPN Sabah hari ini. 

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, lazimnya seperti proses seperti di negeri lain presiden akan bawa ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat.

“Kita akan umumkan nanti tetapi prosesnya seperti kita lihat di negeri-negeri lain di Kedah, Pulau Pinang, Perlis sebelum ini.

“Mungkin kalau semua berjalan lancar, kita mungkin ada pengumuman esok,” katanya.

Bagaimapun, beliau tidak dapat memastikan MPN Sabah akan mempunyai pengerusi baharu atau jawatan itu dikekalkan kepada Datuk Sangkar Rasam.

“Tak tentu (pengerusi baharu), itu terpulang kepada presiden. Tiada nama spesifik yang dibincangkan dalam mesyuarat tapi prosesnya ialah presiden perlu berbincang mengadakan konsultasi dengan semua ketua-ketua cabang jadi proses itu telah berjalan,” katanya

Sebelum ini, PKR Sabah didakwa bergolak apabila 15 ketua cabang PKR menandatangani akuan bersumpah (SD) dengan sebulat suara menolak kepimpinan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Datuk Sangkar Rasam.

Antara Ketua Cabang dilaporkan menandatangani SD tersebut adalah Kota Marudu, Kota Belud, Kota Kinabalu, Sepanggar, Tuaran, Pensiangan, Sipitang, Beaufort, Beluran, Kinabatangan, Papar, Kimanis, Kalabakan, Batu Sapi dan Semporna.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya