HomeUtamaPencapaian positif membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri - Hajiji

Pencapaian positif membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri – Hajiji

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Pencapaian ekonomi positif dalam tempoh tiga tahun lalu menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri mentadbir dan membangunkan Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Sabah telah mencapai beberapa kejayaan ekonomi melalui pelan tindakan pembangunan lima tahun – Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

“Dengan kejayaan ini, saya berani mengatakan bahawa Sabah kini berada di landasan yang tepat. Beberapa petunjuk ekonomi telah menunjukkan perubahan positif yang mencerminkan masa depan yang lebih baik untuk Sabah,” kata Hajiji ketika berucap pada sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pemilihan Sabah sebagai tuan rumah bagi sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan 2024 bukan sahaja satu penghormatan tetapi juga satu pengiktirafan terhadap kepelbagaian kaum, etnik serta budaya dan agama di negeri ini yang kesemuanya dapat hidup bersama secara harmoni.

“Kami mempunyai rakyat dari pelbagai latar belakang, agama dan kaum namun kami kekal hidup harmoni. Kami menyambut semua perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Pesta Kaamatan. Inilah keunikan dan kekuatan Sabah,” katanya.

Hajiji berkata, sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan yang dihadiri daripada segenap lapisan masyarakat termasuk pemimpin tertinggi negara dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan rakyat dan menyemarakkan semangat perpaduan.

“Selari dengan semangat Malaysia Madani dan agenda besar Kerajaan Perpaduan di
bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertekad mengembalikan kegemilangan nama negara di persada global, Sabah menyokong penuh perjuangan ini demi negara dan kemakmuran rakyat.

“Kami di Sabah percaya bahawa keharmonian kaum adalah kunci kepada kemakmuran. Ia juga menyumbang kepada keamanan, keselamatan dan perpaduan.

“Justeru, masyarakat yang bersatu padu adalah masyarakat yang berdaya tahan terhadap unsur negatif yang mengancam perpecahan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

CIS serah zakat perniagaan RM100,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya