HomeUtamaBelum ada keputusan muktamad kes kematian anak KPD Lahad Datu - Jauteh

Belum ada keputusan muktamad kes kematian anak KPD Lahad Datu – Jauteh

Read Time:46 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Setakat ini belum ada keputusan muktamad mengenai kes melibatkan kematian mengejut anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu baru-baru ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

“Siasatan ke atas dia (KPD) Lahad Datu dijalankan sebab dia yang memiliki pistol berkenaan, siasatan diteruskan dan setakat ini belum ada maklumat yang terbaru.

“Setakat ini kita belum dapat buat keputusan muktamad selagi belum ada laporan penuh hasil siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MP Papar dan ADUN Kawang di Dewan SMK Pengalat di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan anak kepada Ketua Polis Daerah Lahad Datu maut dipercayai tertembak diri sendiri di rumahnya di Lahad Datu pada 16 April lalu.

Difahamkan mangsa berusia 14 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari itu.

Anak remaja perempuan itu dipercayai bermain dengan pistol milik bapanya yang tertinggal di rumah.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular