HomePendapatAnak Sabah akan dilengkapi dengan kemahiran TVET, mampu bersaing dalam pasaran pekerjaan

Anak Sabah akan dilengkapi dengan kemahiran TVET, mampu bersaing dalam pasaran pekerjaan

Read Time:3 Minute, 51 Second

Oleh MUDA MUHAMMAD

Timbalan Perdana Menteri berikrar akan melengkapkan anak-anak negeri Sabah dengan kemahiran TVET bagi bersaing dalam pasaran pekerjaan. TPM turut menyatakan sejumlah 2,000 tempat disediakan di institusi TVET di China untuk industri teknologi tinggi dan industri.

“Apa yang kita mahu Malaysia – China Institute (MCI) yang ditubuhkan pihak MARA menyamai German – Malaysia Institute (GMI) dimanfaatkan sepenuhnya dan saya diminta oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar TVET ke negara itu dengan diberi biasiswa.”

Saya juga akan memastikan anak-anak Sabah untuk turut terlibat dengan TVET agar mereka dilengkapkan dengan kemahiran agar mereka mampu berdikari dan masuk ke dalam pasaran kerja berkualiti sekaligus menjana ekonomi negeri” demikian ucapan Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu sambutan Aidilfirti di Putatan, Sabah.

Pada 16 Januari lepas, dalam Seminar Pendidikan Vokasional Malaysia-China yang diadakan di Qiangqiang Beijing International Business Hotel di China, sejumlah 17 institusi Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) di China bersetuju dan bersedia untuk bersama dalam penubuhan Malaysia-China Institute (MCI). Komitmen itu hadir dengan penawaran 2,000 kuota latihan sepanjang tahun ini bagi rakyat Malaysia untuk menjalani latihan TVET di China.

Pelajar-pelajar politeknik yang dihantar berlatih di China pada Disember 2023.

Inisiatif penubuhan Malaysia-China Institute (MCI) diusahakan bersama oleh Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib yang merupakan penasihat Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB). Sebelum ini PKPB bersama dengan Politeknik Sultan Azlan Shah telah menghantar 23 orang pelajar bagi menyertai latihan TVET Belia Malaysia-China dalam bidang automotif kenderaan elektrik (EV) di Yunnan Vocational Institute of Energy Technology selama dua minggu pada akhir tahun lepas.

Bermakna, inisiatif yang diumumkan oleh TPM untuk turut sama menghantar anak-anak negeri Sabah ke China boleh direalisasikan dalam masa terdekat ini. Di Sabah, terdapat sejumlah 3 politeknik iaitu Politeknik Kota Kinabalu, Politeknik Sandakan dan Politeknik Tawau yang terbaharu sekali. Manakala di seluruh negeri Sabah terdapat sejumlah 72 pusat GiatMara yang melatih belia dalam pelbagai bidang kemahiran.

Dua hari lepas, GiatMara Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih tenaga kerja dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) tempatan yang akan mendapat kepakaran dari China. Sejumlah 650 orang pelajar yang dihantar ke China, pelajar hanya perlu membiayai kos tiket sahaja, kos pengajian lain ditanggung sepenuhnya oleh organisasi daripada China.

Penghantaran pelajar GiatMara ke China adalah satu inisiatif yang baik, dalam situasi negeri Sabah besar kemungkinan Kerajaan Negeri Sabah perlu memikirkan cara untuk turut sama menanggung kos tiket penerbangan bagi membawa anak-anak Sabah bagi mengikuti latihan di sana.

Pelajar GiatMara dari negeri Sabah juga tidak kurang hebatnya. Yapp Kok Vui, daripada GiatMara Gaya Sabah telah mendapat pingat Gangsa dalam World Skills Malaysia dalam kategori Hairdressing. Manakala Zunizam bin Shadon dari GiatMara Penampang telah mendapat Sijil Kecemerlangan dalam World Skills Malaysia.

Pelajar-pelajar yang pulang setelah menjalani latihan dalam bidang berteknologi tinggi dan industri di China ini boleh menjadi pemacu kepada pembangunan sosio ekonomi negeri Sabah termasuklah merealisasikan pencapaian Sabah Maju Jaya (SMJ). Selari dengan hasrat Kerajaan Negeri yang mahukan 80% berkerja dalam kilang dan industri di Sabah.

“Kerajaan telah berjaya membawa ramai pelabur asing untuk membuka perniagaan  mereka di negeri ini, antaranya kilang kerajang tembaga oleh syarikat SK Nexilis dan  kilang pembuatan kaca solar, Kibing.

 

Kerajaan Negeri telah menetapkan sebanyak 80 peratus tenaga kerja bagi kilang ini  adalah penduduk tempatan. Namun sayangnya kekosongan yang ditawarkan belum  dapat diisi sepenuhnya kerana tenaga kerja di Sabah masih kekurangan kemahiran  yang diperlukan”, ujar Ketua  Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada ketika merasmikan Sabah TVET Symposium 2023. Dengan adanya usaha Malaysia-China Institute (MCI) ini, masalah kekurangan kemahiran itu akan dapat diatasi.

Kerajaan Negeri telah menetapkan sebanyak 80 peratus tenaga kerja bagi kilang ini  adalah penduduk tempatan. Namun sayangnya kekosongan yang ditawarkan belum  dapat diisi sepenuhnya kerana tenaga kerja di Sabah masih kekurangan kemahiran  yang diperlukan”, ujar Ketua  Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada ketika merasmikan Sabah TVET Symposium 2023. Dengan adanya usaha Malaysia-China Institute (MCI) ini, masalah kekurangan kemahiran itu akan dapat diatasi.

Keberhasilan SMJ yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji sudah mula menampakkan impak dan hasil yang positif untuk rakyat negeri Sabah. Kedudukan Sabah daripada segi pelaburan bukan lagi berada di tangga tercorot sebagaimana di zaman yang lepas, Sabah kini sudah berada di tempat ke-5 di Malaysia.

Bukan itu sahaja, pelaburan yang tinggi dalam sektor perkilangan akan diisi dengan tenaga pekerja tempatan dari Sabah sendiri yang mahir dan berpengetahuan dalam industri tersebut. Dengan inisiatif Malaysia-China Institute (MCI) ini hasil saranan Timbalan Perdana Menteri ini, ianya akan merancakkan lagi sektor ekonomi di negeri Sabah.

RELATED ARTICLES
Pendapat

Rakyat tidak ‘bahagia’, pelbagai isu dan cabaran jejas kesejahteraan hidup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya