HomeUtamaKerajaan negeri disyorkan skop pasang paip masuk peruntukan bina Rumah Mesra SMJ...

Kerajaan negeri disyorkan skop pasang paip masuk peruntukan bina Rumah Mesra SMJ – Armizan

Read Time:1 Minute, 40 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali mengesyorkan kepada kerajaan negeri supaya skop pemasangan paip dimasukkan dalam peruntukan pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

Beliau berkata, ini adalah kerana Rumah Mesra SMJ mempunyai skop peruntukan besar daripada rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) berkaitan dengan penyambungan saluran paip air.

“Baru-baru ini saya mengesyorkan kepada kerajaan negeri kerana Rumah Mesra SMJ skop peruntukannya besar daripada rumah PPRT adalah berkaitan dengan penyambungan paip.

“Pemasangan elektrik sudah termasuk dalam skop spesifikasi peruntukan tersebut tetapi air tidak, jadi untuk memasang saluran paip ini juga, meter dan sebagainya memerlukan peruntukan paling kurang RM1,000.

“Jadi kita mengharap melalui kerajaan negeri supaya skop pemasangan paip itu juga dimasukkan dalam peruntukan pembinaan Rumah Mesra SMJ, jadi penerima manfaat dikalangan mereka yang susah ini akan boleh terus masuk ke rumah yang telah siap tersebut dan tidak terbeban dengan keperluan untuk pembuatan kos pemasangan paip,” kata Armizan ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MP Papar dan ADUN Kawang di Dewan SMK Pengalat di sini hari ini.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut memaklumkan sebanyak 60 buah Rumah Mesra SMJ diperuntukkan di kawasan Parlimen Papar pada tahun 2023 telah siap dibina.

“Alhamdulillah tahun lepas kita telah selesai bina 60 buah Rumah Mesra SMJ yang diperuntukkan untuk tahun 2023 dan tahun ini ada 60 buah lagi.

“Justeru, dalam masa terdekat proses perolehan akan dilaksanakan dan kita menjangkakan tahun ini 60 buah rumah tersebut akan selesai lebih awal daripada tahun 2023 dan kita bermula lebih awal.

“Kita bersyukur kerana kerajaan negeri meneruskan program Rumah Mesra SMJ ini,” katanya.

Terdahulu, pada majlis sama, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kunci Rumah Mesra SMJ yang telah siap dan sedia untuk didiami kepada tiga orang penerima manfaat tersebut.

Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya, mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Senator Tan Sri Anifah Aman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang Datuk Ghulam Khan Bahadar.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular