HomeIsu tempatanDBKK keluarkan 89 kompaun kepada premis makanan gagal patuhi peraturan ditetapkan

DBKK keluarkan 89 kompaun kepada premis makanan gagal patuhi peraturan ditetapkan

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Sejumlah 89 kompaun dikeluarkan kepada premis makanan sekitar bandaraya Kota Kinabalu atas beberapa kesalahan dibawah Undang-Undang Kecil (Makanan dan Premis Makanan) 1966 dan Undang-Undang Kecil (Anti Sampah Sarap) 1984. 

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Robert Lipon berkata, antara kesalahan yang dikompaun termasuklah pengendali makanan gagal memiliki Sijil Kesihatan yang sah dan pengendali makanan gagal memakai kad pengenalan pengendali makanan semasa bekerja.

Selain itu katanya, terdapat juga premis tidak memasang dan menyelenggara perangkap lemak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, melakukan aktiviti mencuci peralatan dan menyediakan makanan di kaki lima atau ruang legar, menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah serta membuang sampah, sisa cecair atau minyak di tempat awam.

“DBKK akan terus meningkatkan penguatkuasaan dan pemeriksaan ke atas premis-premis makanan di Bandaraya Kota Kinabalu. Ini bagi menjamin tahap keselamatan makanan yang dijual dan disediakan adalah selamat untuk dimakan.

“Bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, sejumlah 506 premis makanan daripada 1,682 jumlah keseluruhan premis makanan telah diperiksa dan digredkan

“Dalam pemeriksaan berkenaan, sebanyak 177 (35%) premis makanan telah mendapat Gred A, manakala 324 (64%) dan 5 (1%) premis makanan mendapat Gred B dan C masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini.

Robert berkata, DBKK turut mengarahkan premis-premis makanan agar membuat kawalan makhluk perosak (pest control) untuk mengawal urungan lipas, lalat dan tikus.

Selain itu katanya, DBKK juga telah memeriksa dan memberikan penarafan bintang ke atas 301 tandas di premis makanan, yang mana sejumlah 137 tandas mendapat penarafan tiga bintang ke atas manakala 164 premis mendapat penarafan dua bintang ke bawah.

“Bagi memberikan dorongan dan insentif kepada pengusaha premis makanan menaik taraf tandas mereka, DBKK sedang mengadakan Pertandingan Tandas Bersih Premis Makanan yang mana majlis penyampaian hadiahnya akan diadakan pada bulan Jun ini.

“DBKK akan meneruskan penguatkuasaan tegas serta tindakan kompaun dan akan menutup premis makanan yang kotor dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular