HomeIsu tempatanNDRC UMS, UNICEF kerjasama pantau kualiti udara di sekolah

NDRC UMS, UNICEF kerjasama pantau kualiti udara di sekolah

Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu: Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneruskan kerjasama dengan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam pemantauan kualiti udara di sekolah-sekolah khususnya di negeri ini. 

Pengarah NDRC UMS, Profesor Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus berkata, pihaknya dan UNICEF memperkembangkan program Air Quality Monitoring in Schools (AQUAMS) yang berbentuk projek penyelidikan dan perundingan bertujuan memantau kualiti udara di sekolah-sekolah. 

Katanya ia merupakan salah satu langkah komprehensif untuk melindungi daripada kemerosotan kualiti udara berterusan dengan adanya sistem pemantauan on-site serta down -scale.

“Sebelum ini kami telah mengadakan program yang sama di lima buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Saint Michael Penampang; Sekolah Menengah Kebangsaaan Agama Tun Ahmad Shah Kota Kinabalu; Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa Tamparuli; Sekolah Kebangsaan Buang Sayang Papar dan Sekolah Indonesia Kota Kinabalu.

“Terbaharu kami bersama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar sedang mengenal pasti beberapa lagi sekolah di sekitar Kundasang dan Ranau untuk pemasangan alat pengesan kualiti udara di sekolah berkenaan. 

“Dengan adanya jalinan kerjasama seperti ini ianya dapat meningkatkan sokongan dari segi teknikal, perkongsian data serta kepakaran, seterusnya membantu dalam membangunkan pelan tindakan serantau terutamanya yang melibatkan kesihatan dan persekitaran kanak kanak,” katanya 

Tambah Carolyn, perubahan iklim telah memberi kesan signifikan kepada kanak-kanak akibat daripada toleransi mereka yang lebih rendah terhadap perubahan iklim serta risiko pencemaran sekitaran. 

“Dalam dasar perubahan iklim negara, kepentingan kanak-kanak perlu diambil kira kerana mereka adalah golongan yang lebih terdedah kepada kecederaan dan kematian daripada keadaan cuaca ekstrem seperti banjir atau kemarau akibat perubahan iklim. 

“Daripada program AQUAMS juga, ia mewujudkan usaha yang dipandu oleh komuniti untuk memantau kualiti udara melalui penggunaan kaedah saintifik di negeri ini,” katanya.  

Turut bekerjasama dalam program AQUAMS adalah Unit Penyelidikan Komunikasi Pembangunan (C4D) UMS yang diketuai oleh Dr. Lai Che Ching @ Abdul Latif. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya