HomeUtamaData miskin tegar di Sabah dikemukakan Rafizi belum dikemas kini - Hajiji

Data miskin tegar di Sabah dikemukakan Rafizi belum dikemas kini – Hajiji

Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: Data kemiskinan tegar di Sabah yang dikemukakan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di Parlimen baru-baru ini belum dikemas kini.

Justeru, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menjelaskan bahawa data terkini ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di Sabah setakat 31 Mac 2024 adalah 12,555.

“Data kemiskinan tegar di Sabah yang dinyatakan Menteri Ekonomi adalah data sebelum dikemas kini dan sekarang, setelah dikemas kini kita dapat turunkan kepada 12,555 KIR dan jumlah itu sudah diverifikasi pihak ICU JPM, Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Pejabat Daerah dan Sekretariat SMJ.

“Jadi, jumlah 12,555 KIR sehingga 31 Mac lalu menunjukkan penurunan 42 peratus daripada data miskin tegar yang dilaporkan sebelum ini yang berjumlah 22,510 KIR,” jelasnya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong Alias Sani mengenai perbezaan data diumumkan Rafizi sebelum ini dengan data yang dijelaskan oleh Hajiji hari ini.

@sabahmediaakaunke2

Data kemiskinan tegar di Sabah yang dikemukakan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di Parlimen baru-baru ini belum dikemas kini. Justeru, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menjelaskan bahawa data terkini ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di Sabah setakat 31 Mac 2024 adalah 12,555.

♬ original sound – Sabah Media (Voice Of Borneo) – Sabah Media (Voice Of Borneo)

Sementara itu, Hajiji turut memberikan penjelasan mengenai soalan tambahan yang dikemukan oleh ADUN Moyog Datuk Darell Leiking mengenai usaha membantu golongan miskin di Sabah.

Hajiji berkata, tumpuan kerajaan ketika ini adalah untuk menoktahkan miskin tegar, iaitu rakyat yang berpendapatan tidak lebih RM1,218 sebulan.

“Jika pendapatan di bawah daripada jumlah itu digolongkan miskin tegar, jika lebih daripada itu dianggap miskin mutlak dan ini berlaku di mana-mana, tapi tumpuan kita ialah menoktahkan miskin tegar, yang susah cari makan.

“Ini adalah isu sejagat yang sekain lama berlaku kerana ada rakyat yang tidak produktif, tiada pendidikan dan kemudahan. Jadi kita berusaha yang terbaik dan saya minta kerjasama semua pemimpin setiap kawasan pastikan kita sama-sama atasi masalah ini kerana ini ialah masalah kemanusiaan,” katanya.

Menurut Hajiji, usaha menangani kemiskinan memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta dengan mengambil anak golongan miskin tegar bekerja di agensi masing-masing.

“Kalau syarikat kecil dapat mengambil seorangpun sudah cukup dan yang besar dapat ambil dua, tiga orang lagi baik. Jadi, bagi saya isu miskin tegar ini kita perlu atasi bersama, jangan jadikan ini sebagai isu kerana mereka ini adalah rakyat kita,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular