HomeUtamaDUN Sabah : Saya hanya makan gaji, bukan pemilik syarikat PDP -...

DUN Sabah : Saya hanya makan gaji, bukan pemilik syarikat PDP – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu : Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya membidas dakwaan  kononnya beliau merupakan pemilik kepada Syarikat Rakan Penyampai Projek (PDP) Borneo Highway (BHP) yang bertanggungjawab menyelaraskan pelaksanaan 35 pakej fasa satu Lebuhraya Pan Borneo Sabah antara 2016 hingga 2018.

Malah katanya, syarikat PDP itu merupakan usaha sama bersama beberapa syarikat dari negeri ini iaitu Warisan Tarang Construction Sdn Bhd dan UEM Group Bhd serta MMC Corp Bhd.

“Untuk menjelaskan tentang syarikat ‘Project Delivery Partner’ (PDP) yang melaksanakan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bukan milik saya sebagaimana yang cuba digembar-gemburkan.

“Ianya cuma satu usahasama satu syarikat dari Sabah iaitu Warisan Tarang Construction Sdn Bhd yang bekerjasama dengan UEM Group Bhd serta MMC Corp Bhd,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang ditimbulkan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (BN-Lamag) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Shahelmey berkata, pada ketika itu beliau hanya menjalankan tugas sebagai seorang pengarah urusan bagi tempoh 2016 hingga 2018.

“Saya pada waktu tersebut pada tempoh 2016 sehinggalah 2018 hanyalah seorang pengarah urusan yang makan gaji,” katanya.

Syarikat Borneo Highway PDP Sdn Bhd telah dilantik sebagai PDP untuk pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Pihak PDP akan bertindak sebagai ‘single point of accountability’ yang akan bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelia pembangunan fasa pertama lebuh raya itu dengan kadar kos yang berpatutan.

Mengikut tempoh pembinaan yang dipersetujui oleh kerajaan, lebuh raya itu dijangka siap sepenuhnya sebelum 31 Dis 2021 namun ditamatkan pada 2020. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular