HomeUtamaDua jawatankuasa ditubuh, selaras, pantau program menoktah miskin tegar di Sabah

Dua jawatankuasa ditubuh, selaras, pantau program menoktah miskin tegar di Sabah

Read Time:2 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah menubuhkan dua Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal Menoktahkan Miskin Tegar bagi usaha menyelaras dan memantau Program Menoktahkan Miskin Tegar di negeri Sabah menjelang tahun 2024 ataupun 2025, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Program Menoktahkan Miskin Tegar di Negeri Sabah akan dilaksanakan secara berfasa iaitu program jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

“Program jangka masa pendek merangkumi lima program iaitu program MySMJ Profiling, MySMJ Kerja PBT, MySMJ Kerja DO, MySMJ Kerja GLC dan MySMJ Kerja Industri.

“Manakala, program jangka masa panjang terdapat dua program iaitu MySMJ: Modal Insan dan MySMJ: Teroka,” katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong, Alias Sani berkaitan langkah kerajaan dalam usaha membawa Sabah keluar daripada kedudukan tercorot negeri miskin di Malaysia.

Hajiji berkata, bermula tahun ini (2024), pelaksanaan program kemiskinan akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 yang menyaksikan peningkatan daripada RM2,537 kepada RM2,742. Manakala, Pendapatan Garis Kemiskinan Makanan meningkat daripada RM1,179 kepada RM1,218.

Katanya, Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) telah mengambil langkah proaktif dalam memperhalusi definisi kemiskinan tegar di negeri ini melalui 13 indikator tambahan kemiskinan tegar, iaitu pemilikan rumah, pekerjaan, pemilikan tanah, kemampuan membayar perkhidmatan asas, kecacatan fizikal ataupun mental, penyakit kritikal, kenderaan, haiwan ternakan, status pendaftaran kelahiran serta tahap pendidikan.

@sabahmediaakaunke2

Kerajaan Negeri telah menubuhkan dua Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal Menoktahkan Miskin Tegar bagi usaha menyelaras dan memantau Program Menoktahkan Miskin Tegar di negeri Sabah menjelang tahun 2024 ataupun 2025, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

♬ original sound – Sabah Media (Voice Of Borneo) – Sabah Media (Voice Of Borneo)

“Secara asasnya, golongan miskin tegar adalah mereka yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan sendiri berdasarkan kepada indikator negeri Sabah seperti tidak memiliki rumah sendiri, tiada pemilikan tanah untuk diusahakan, masih mengunakan peralatan tradisional dalam kehidupan seharian serta akses kepada pendidikan.

“Justeru, Kerajaan Negeri telah menetapkan locked figure yang direkodkan dalam sistem eKasih bagi Program Menoktahkan Miskin Tegar di negeri Sabah yang melibatkan 22,510 Ketua Isi Rumah (KIR) dan 94,315 Ahli Isi Rumah (AIR),” jelasnya.

Hajiji berkata, dalam usaha Kerajaan Negeri bergerak dalam program kemiskinan tegar ini, data-data yang tepat diperlukan dalam menyokong kepada bantuan intervensi yang bersesuaian untuk disalurkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/ Ahli Isi Rumah (AIR) yang telah dikenal pasti.

“Sekretariat SMJ bersama Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Jabatan Perdana Menteri (ICU), Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Pejabat Daerah telah memulakan kerja verifikasi lapangan data eKasih bagi mengenal pasti padanan bantuan yang bersesuaian kepada golongan miskin tegar di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, setakat 31 Mac 2024, angka locked figure di dalam sistem eKasih merekodkan penurunan sebanyak 42% yang masih berstatus miskin tegar adalah seramai 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Namun demikian, perubahan status akan berlaku dengan perubahan bilangan ahli isi rumah, perubahan pendapatan, bantuan yang diterima/ ditamatkan serta perubahan maklumat lain seperti meninggal dunia/berpindah ke negeri lain,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular