HomeUtamaWanita warga emas maut, dua cedera parah dalam nahas jalan raya

Wanita warga emas maut, dua cedera parah dalam nahas jalan raya

Read Time:1 Minute, 20 Second

PAPAR: Seorang wanita warga emas maut manakala dua cedera parah terlibat dalam nahas jalan raya yang berlaku di Kilometer 17, Jalan Papar Baru – Kota Kinabalu (Jalan Pan Borneo) petang tadi.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, siasatan awal mendapati semasa seorang lelaki tempatan berusia 36 Tahun memandu kenderaan pick-up Jenis Toyota Hilux daripada arah Kota Kinabalu menuju ke Papar (Jalan Pan Borneo).

“Pada masa itu, keadaan cuaca hujan lebat dan kenderaan yang pemandu Toyota Hilux hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan (Papar – Kota Kinabalu) dan melanggar kenderaan JIP Jenis Hyundai berada di laluan tersebut.

“Akibat perlanggaran tersebut, penumpang kenderaan seorang wanita tempatan berusia 64 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pembantu Pegawai Perubatan, Klinik Kesihatan Kinarut.

“Manakala, seorang wanita tempatan berusia 43 tahun pemandu kenderaan JIP Jenis Hyundai dan pemandu Toyota Hilux mengalami cedera parah dan telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, dengan menggunakan kenderaan awam dan ambulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kamaruddin, mayat mangsa telah dibawa ke bilik Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth, untuk tujuan bedah siasat.

“Disebabkan kes yang disiasat melibatkan kematian, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahaya,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Kamaruddin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa memandu ketika cuaca hujan disebabkan keadaan permukaan jalan raya yang basah, licin dan terdapat jalan-jalan yang ada takungan air.

“Selain itu, semua pengguna jalan raya haruslah mematuhi peraturan-peraturan jalanraya dan sentiasa memandu dengan perlahan ketika cuaca hujan lebat,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya