HomeUtamaMajlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran negeri Sabah bermula esok

Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran negeri Sabah bermula esok

Read Time:2 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu:  Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran (MTHQ) Peringkat Negeri Sabah 1445H/2024 akan diadakan selama tiga hari bermula esok.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr. Mohd  Arifin Mohd Arif berkata, majlis dengan tema ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ itu diadakan di Dewan Sri Putatan.

“Terdapat dua kategori yang akan dipertandingkan iaitu Kategori Remaja pada 24 April bermula dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari dengan melibatkan seramai sembilan peserta manakala, bagi Kategori Dewasa pula pada 24 hingga 25 April bermula dari jam 8 malam hingga 10 malam juga dengan penyertaan sembilan peserta. 

“Majlis hafazan pula akan berlangsung pada 25 April bermula dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari dengan 30 penyertaan mengambil bahagian dalam tiga kategori iaitu Tahap Satu, Juzuk Satu hingga 10 beserta dengan taranum, Tahap Dua Juzuk Satu hingga Juzuk 20 dan Tahap Tiga Juzuk Satu hingga Juzuk 30 beserta dengan tafsir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Slot Temuramah Khas di SabahFM Sempena (MTHQ) Peringkat Negeri Sabah 1445H/2024, di sini semalam.

Arifin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk MTHQ Peringkat Negeri Sabah berkata, Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni dijangka akan hadir dan  menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah pada 26 April ini.

“Diharap MTHQ ini akan dapat melahirkan Qari dan Qariah serta Hafiz dan Hafizah yang boleh tampil di peringkat kebangsaan dan diharap semua akan dapat meluangkan masa bersama-sama hadir bagi menyemarakkan lagi syiar MTHQ Peringkat Negeri Sabah,” katanya.

Sementara itu, Arifin berkata, pelbagai pengisian program turut diadakan sepanjang Minggu Semarak Al-Quran antaranya Program Tilawah Interaktif bermula dari 22 hingga 23 April yang diadakan secara langsung di konti SabahFM dari jam 8 hingga 9 malam bersama Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Ustaz Suhaidi Kuanting.

“Muzakarah Hakim akan diadakan pada 23 April di Hotel Pan Borneo manakala, Konvensyen Al-Quran pula berlangsung pada 26 April bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari yang akan disampaikan oleh Imam Muda Asyraf.

“Manakala, Pertandingan Seni Khat (Kalifrafi Islamiy) bagi pelajar Sekolah Rendah dan Menengah pula akan diadakan pada 26 April bertempat di Sekolah Agama Negeri Integrasi Putatan,” katanya.

Antara pengisian lain ialah Klinik Al-Quran yang dikendalikan oleh Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sabah (ITQAS), Kempen Derma Darah oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, 16 booth pameran agensi-agensi kerajaan dan produk-produk Industri Kecil Sederhana(IKS) dan hadiah kepada pengunjung bertuah sepanjang MTHQ berlangsung oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya