HomeIsu tempatan35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu:  Seramai 35 orang pelajar dari Tunku Abdul Rahman University Of Management and Technology (TARUMT) hadir sebagai pemerhati hari ketiga Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 di sini semalam.

Ahli Lembaga Pengelola TARUMT Datuk Dr Pamela Yong berkata kehadiran para pelajar tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai sistem perundangan dan demokrasi di Sabah.

“Tujuan kunjungan ini adalah untuk memberikan pengalaman kepada pelajar dari TARUMT yang terdiri daripada 35 orang pelajar dan tiga orang pensyarah akademik.

“Ini bagi memberi sedikit pendedahan kepada mereka berkenaan sistem perundangan negeri Sabah dan juga kita berharap dapat mencetuskan sedikit semangat dan minat di kalangan mereka sistem perundangan Negeri Sabah.

“Pendedahan ini juga, penting sebagai satu pengalaman bagi mereka untuk memupuk minat berkaitan sistem demokrasi disebabkan adanya undi 18 tahun, maka diharapkan mereka lebih memahami dan tahu tanggungjawab mereka semasa mereka membuat undian dalam pilihanraya.

“Ini merupakan kunjungan kali pertama, dan kita berharap ianya akan jadi kunjungan yang lebih kerap di mana kita akan cuba meminta untuk hadir setiap kali dewan bersidang.

“Perbincangan lebih ke arah memahami bagaimana perundangan digubal dan dasar kerajaan dibahaskan terutamanya kesan dan kepentingannya terhadap negeri dan rakyat keseluruhannya jadi itu saya rasa penting kepada mereka,” katanya.

Terdahulu, para pelajar tersebut mengikuti sesi taklimat mengenai sistem perundangan dan demokrasi di Sabah oleh Setiausaha Dun Rafidah Maqbool Rahman yang turut dihadiri Speaker Dun Sabah Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya, sebelum dibawa ke dalam Dewan Sidang untuk menyaksikan sendiri persidangan Dun Sabah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS anjur Karnival Usahawan Mahasiswa sempena Hari Kanak-kanak Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular