HomeIsu tempatan28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

Read Time:1 Minute, 18 Second

Putatan: Seramai 28 hafiz dan hafizah memperdengarkan bacaan dalam Kategori Hafazan pada hari kedua Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sabah (MTHQNS) 1445H/2024M di Dewan Sri Putatan di sini semalam.

Dua hafizah masing-masing mewakili Tawau dan Kota Kinabalu memperdengarkan alunan hafazan masing-masing manakala lapan hafiz turut berentap pada kategori Hafazan Tahap 1.

Bagi Hafazan Tahap 2, enam hafiz dan lima hafizah memperdengarkan hafazan masing-masing dengan setiap seorang diuji melalui hafalan tiga petikan surah Al-Quran.

Keistimewaan MTHQNS Kategori Hafazan pada tahun ini adalah penyertaan hafiz Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan yang mewakili daerah Tenom iaitu Muhammad Iman Izzuddin Jamaludin yang menyertai pertandingan Hafazan Tahap 3.

Turut bertanding pada tahap tersebut adalah Muhammad Azfar Fakhruddin Ahmad Fauzi, Muhammad Hakimi Mohd Nizam (Tawau), Mohammad Redzwan Azis (Pantai Barat Selatan) dan Muhammad Said@ Ahmad (Sipitang) serta dua hafizah iaitu Izzah Natashah Putri Wisnu Putra (Pantai Barat Selatan) dan Alia Rafidah Supu (Tawau).

Para peserta dinilai oleh 12 juri iaitu Sitti Nurmina Wahab dan Mohamad Faisal Jahari (persembahan), Mohd Akmal Othman dan Jumat Abd Razak (fasahah), Imam Mohd Khairul Rajak dan Shahril Alijan (taranum), Mohd Rozaili Dining dan Mohd Subri Moksin (tajwid), Zulfauzy Ag. Besar dan Imam Suhaidi Kuanting (hafazan lancar) manakala Mohd Khairunnizam Mohammad dan Mohd Arshad Parimin bertindak sebagai Fatih Munabbih.

Para pemenang akan diumumkan pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah yang akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin pada Jumaat ini.

Hadir menyaksikan pertandingan Hafazan tersebut adalah Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad dan Pegawai Daerah Putatan Masawi Mohd Salleh.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular