HomeIsu tempatanNDRC UMS perluas kerjasama peringkat antarabangsa dalam pengurusan bencana

NDRC UMS perluas kerjasama peringkat antarabangsa dalam pengurusan bencana

Read Time:1 Minute, 50 Second


Kota Kinabalu: Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuhkan usaha meningkatkan sistem pengurusan bencana negara khususnya di Sabah menerusi jaringan kerjasama di peringkat antarabangsa.

Terbaharu NDRC telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke University of Tokyo (UTokyo) dan University of Technology Nagaoka (NUT) di Jepun sebagai inisiatif dalam memperkukuhkan lagi usaha kerjasama dua hala antara kedua-dua pihak.

Pengarah NDRC, Profesor Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus berkata, usaha kerjasama dua hala antara kedua-dua pihak itu termasuklah perkongsian ilmu serta pertukaran kepakaran teknologi untuk membantu dalam persiapan menghadapi bencana.

Pada kunjungan tersebut, Carolyn berkongsi kepakaran penyelidikan yang menggunakan Sistem DHS on-site reactor.

“Air sisa domestik (grey water) yang dirawat melalui sistem ini boleh digunakan semula sehingga 10 hari bermula daripada terputusnya bekalan sumber air di kawasan berlakunya bencana ini.

“Sistem rawatan down-flow hanging sponge (DHS) ini telah digunakan secara meluas oleh pihak kerajaan Jepun dan terbaru telah digunakan di kawasan wilayah Niigata dan Kanazawa yang telah dilanda gempa bumi NOTO serta tsunami pada 1 Januari 2024 yang lalu,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, NDRC UMS turut mengadakan perbincangan meja bulat pada Roundtable of Climate Change yang berlangsung di University of Surrey, London.

Carolyn berkata ia merupakan salah satu usaha NDRC UMS dalam mengintegrasikan kesihatan awam ke dalam dasar dan perancangan perubahan iklim negara terutamanya dalam menitikberatkan aplikasi dan amalan terutama impaknya terhadap kesihatan mental.

Katanya lagi, adalah menjadi satu keperluan untuk menguar-uarkan mengenai bahaya perubahan iklim yang dialami sekarang dan kesannya kepada kesihatan komuniti.

“Ini adalah penting bagi membantu meramal risiko kesihatan dari segi keupayaan beradptasi komuniti terhadap perubahan iklim seterusnya menentukan strategi yang lebih berkesan untuk mengurangkan risiko tersebut, di samping mengenal pasti intervensi dan mitigasi yang bersesuaian,” katanya.

Dr. Carolyn terlibat aktif dalam penyelidikan berkaitan “Mental Health in Climate Anxiety Analysis: Response to Extreme Weather Events due to Climate Change” di bawah dana Yayasan Penyelidikan Otak, Minda dan Neurosains Malaysia (YPOMNM) bersama dengan penyelidik lain daripada UMS iaitu Prof. Dr. Justin Sentian dan Siti Irbah Anuar; serta penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Siti Hayfsah Idris.

Bidang penyelidikan ini merupakan salah satu fokus utama penyelidikan di NDRC UMS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Laluan masuk jejantas Skybridge ke Centre Point dibuka kepada awam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya