HomeUtamaKerajaan GRS bawa Sabah ke arah kemajuan lebih signifikan

Kerajaan GRS bawa Sabah ke arah kemajuan lebih signifikan

Read Time:1 Minute, 30 Second

Papar: Kerajaan negeri yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memperlihatkan kewibawaan memimpin Sabah ke arah kemajuan yang lebih signifikan  melalui petunjuk ekonomi yang positif.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Azrul Ibrahim berkata, meskipun tempoh pemerintahan kurang empat tahun namun Sabah berjaya mencatat peningkatan hasil tertinggi dalam sejarah tiga tahun berturut-turut.

“Antara rekod yang dicatatkan ialah peningkatan hasil kerajaan negeri tertinggi dalam sejarah tiga tahun berturut-turut (RM5.49 bilion – 2021, RM6.96 bilion – 2022, RM6.97 bilion – 2023).

“Selain itu, kerajaan negeri turut berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi positif pasca COVID-19. Melalui peningkatan hasil negeri, kerajaan telah merangka dan melaksanakan pelbagai program dan inisiatif termasuk kepada orang muda.

“Antaranya pengenalan inisiatif BUDI, BAKTI, Felo SMJ, Dewan Belia Sabah dan yang terbaharu pemberian subsidi kapal RM600 kepada pelajar Sabah di Semenanjung, Sarawak dan Labuan disamping penyediaan biasiswa sebanyak RM101 juta dan penubuhan Tabung Pendidikan Negeri Sabah,” katannya.

Beliau berkata demikian pada siding media selepas menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Zon Pemuda Gagasan Rakyat di sini hari ini.

Azrul yang juga Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Bahagian Kawang berkata, pihaknya turut optimis kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajij Noor mampu menyelesaikan isu berkaitan air dan elektrik serta jalan raya di Sabah.

Katanya, tumpuan sepenuhnya perlu diberikan dalam usaha membangun negeri.

“Kemelut politik berpanjangan tidak akan membawa Sabah ke mana-mana. Semua pihak perlu bersatu padu dalam membina Sabah yang lebih maju dan berjaya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata,Pemuda Gagasan Rakyat telah merangka gerak kerja menjelajah ke seluruh negeri Sabah bagi menemui penggerak dan akar umbi pemuda selain menjejaki anak muda di negeri Sabah.

Katanya, Pemuda Gagasan Rakyat juga optimis anak muda Sabah bersama dan menyokong Gagasan Rakyat dan GRS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 kelak. – SABAH MEDIA / FOTO MAHA

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi terhadap peniaga Pakistan naikkan harga barang jualan – James

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular