HomeUtamaOrang ramai dipelawa meriahkan pelancaran Pesta Kaamatan 2024 esok

Orang ramai dipelawa meriahkan pelancaran Pesta Kaamatan 2024 esok

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai dipelawa untuk hadir memeriahkan majlis pelancaran Sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah 2024 di Dewan Masyarakat Ranau esok.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Jeffrey G. Kitingan berkata, majlis yang bermula seawal jam 6.30 pagi itu akan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik selain ada beberapa aktiviti yang sudah pun bermula.

“Seperti biasa, kita akan menyediakan pelbagai persembahan kebudayaan juga pertandingan seperti pertandingan makanan tradisi, pertandingan Hiis, Manangon, Sugandoi dan Unduk Ngadau.

“Dari segi persediaan, saya yakin mereka sudah bersedia dan beberapa acara tapisan sudah pun berlangsung dan gerai-gerai jualan juga telah mula beroperasi.

“Saya berharap agar pelancaran ini akan berjalan dengan baik dan semua pengunjung pulang dengan ingatan yang positif berkenaan dengan sambutan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas ditemubual dalam Slot Kami Bah Ini! di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, di sini semalam.

Jeffrey yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2024 berkata, beliau juga memberi peringatan agar sambutan ini diraikan dengan penuh tanggungjawab.

Sementara itu, bagi sambutan di peringkat daerah, Jeffrey menasihatkan agar penganjur untuk turut mengambil kira kelebihan dan potensi daerah dan mempromosikannya melalui pertandingan yang diadakan.

“Ini merupakan kesempatan untuk kita mempromosikan pelancongan dan juga pelaburan supaya daerah kita dikenali di mata dunia,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular