HomeIsu tempatanRemaja reka cerita 'diculik' kerana enggan hadiri kelas mengaji

Remaja reka cerita ‘diculik’ kerana enggan hadiri kelas mengaji

Read Time:36 Second

KOTA KINABALU: Tular di media sosial dakwaan seorang remaja perempuan kononnya menjadi mangsa culik sebelum berjaya menyelamatkan diri di Daerah Kota Kinabalu hari ini, adalah palsu dan rekaan semata-mata.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, hasil siasatan pihak polis mendapati ia hanyalah cerita rekaan semata-mata, cerita ‘diculik’ kerana enggan menghadiri kelas mengaji.

Sehubungan dengan itu, Kasim menasihatkan orang ramai terutama golongan remaja supaya tidak mereka-reka cerita berkaitan kes jenayah kerana boleh menimbulkan panik, selain menjadi satu kesalahan membuat laporan palsu.

“Polis Kota Kinabalu juga menasihati orang ramai supaya tidak sewenangnya memuat naik sebarang gambar atau kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan dan kegusaran orang ramai,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular