HomeIsu tempatan135 beg darah berjaya dikumpul pada Hari Polis di IPD Beaufort

135 beg darah berjaya dikumpul pada Hari Polis di IPD Beaufort

Read Time:1 Minute, 17 Second

Beaufort : Sebanyak 135 beg darah berjaya dikumpul pada kempen derma darah sempena sambutan Hari Polis ke-217 yang diadakan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort di sini.

Program itu menjadi simbolik kepada sambutan kali ini dan ianya mendapat sambutan amat memberansangkan apabila melepasi jumlah kutipan beg darah berbanding sambutan tahun-tahun sebelumnya.

Pada program itu, Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah hadir menyantuni para penderma darah yang hadir yang terdiri dari kalangan anggota IPD Beaufort.

Ini termasuklah anggota RELA Beaufort, Bomba dan Penyelamat Beaufort, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (Beaufort), Jabatan Kereta Api Negeri Sabah, Mahkamah Syariah (Beaufort) serta beberapa agensi awam dan swasta sekitar daerah itu.

Ismail turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada rakan penganjur yang bekerjasama serta bertungkus lumus menjayakan program derma darah itu antaranya Persatuan Persahabatan Hung Men Beaufort, Persatuan Skuad Ar-Rayyan Sabah, Tabung Darah Hospital Kuala Penyu dan Hospital Beaufort.

Pada program yang sama, Pengerusi Persatuan Persahabatan Hung Men Beaufort, Phang Yok Suan turut menyatakan komitmen persatuan untuk membantu menggalakkan usaha menderma darah dalam kalangan masyarakat.

Katanya, ini adalah melalui penglibatan persatuan tersebut dalam menganjurkan program-program derma darah di Daerah Beaufort.

Menurutnya, dari Januari hingga awal Mei, persatuan itu telah mencatatkan kutipan sebanyak 486 beg darah melalui lima siri program derma darah yang telah diadakan.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Persahabatan Hung Men Beaufort, Phang Yok Suan, Pengerusi Skuad Ar-Rayyan Sabah, Laiman Abdullah, Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital Beaufort merangkap Pegawai Perubatan mengetuai pasukan perolehan darah program tersebut Dr.Wan Mohd.Syazwan Wan Mohd Sabri.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular