HomeIsu tempatan1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Kira-kira 1,500 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Aidilfitri ‘Raya! Rayakan Alumni’ anjuran Pusat Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diadakan di Dataran Dewan Canselor, baru-baru ini.

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, sambutan tersebut bertujuan mewujudkan semangat kekeluargaan selain mengukuhkan perpaduan sesama alumni UMS.

Katanya ia juga memberi peluang kepada para alumni untuk merapatkan silaturahim sambil menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

“Di Aidilfitri inilah kesempatan terbaik untuk saling melupakan semua perselisihan dan persengketaan, seterusnya mengukuhkan kerjasama di antara alumni, bakal alumni dan alma mater.

“Pusat Alumni UMS telah diberikan mandat oleh pihak pengurusan universiti untuk menghubungkan kerjasama yang baik dengan para alumni dan pemegang taruh serta sentiasa mengatur program bagi mewujudkan sinergi yang baik antara kedua-dua belah pihak.

“Adalah diharapkan agar para alumni akan dapat menyumbang kembali ke arah kecemerlangan UMS yang dicintai,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Profesor Madya Dr. Raman Noordin.

Dr Kasim berkata, sambutan tersebut menampilkan kelainan dengan konsep terbuka iaitu dengan penglibatan bakal alumni serta rakan strategik Pusat Alumni UMS.

Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Alumni UMS dan Alumni Chapter Fakulti/Akademik dihadiri oleh lebih 1,500 orang yang terdiri daripada kakitangan, alumni dan bakal alumni UMS.

Pusat Alumni UMS turut mengagihkan sumbangan duit raya kepada 25 orang penghuni Rumah Anak Kesayangan Sabah sempena sambutan ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia, Profesor Datuk Mohamad Shatar Sabran; ahli-ahli Lembaga Pengarah UMS iaitu Datuk Aliasgar Basri dan Samasuddin Yusop serta Pegawai-pegawai Utama dan Kanan UMS.  – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular