HomeUtamaRestoran dan penginapan pekerja pusat peranginan di Semporna musnah terbakar

Restoran dan penginapan pekerja pusat peranginan di Semporna musnah terbakar

Read Time:38 Second

SEMPORNA: Satu kejadian kebakaran memusnahkan bahagian ruang restoran dan penginapan pekerja The Buwan Dive Resort, salah sebuah pusat peranginan di sini, tengahari tadi.

Ketua Balai Bomba Semporna Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.26 tengahari tadi (3 Mei), seramai 14 anggota terdiri daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna (8) dan BBP Air Semporna (6) bersama tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian mendapati satu kebakaran melibatkan restoran dan penginapan pekerja di pusat peranginan tersebut telah musnah terbakar.

“Operasi pemadaman kebakaran terkawal pada jam 1.25 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.19 petang,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Bagaimanapun, katanya, tiada kemalangan jiwa atau mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Pantai Tanjung Aru, Prince Philip Park kekal terbuka untuk orang ramai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular