HomeUtamaSEC laksana beberapa strategi sokong pembangunan modal insan

SEC laksana beberapa strategi sokong pembangunan modal insan

Read Time:1 Minute, 45 Second

Kota Kinabalu : Sabah Energy Corporation (SEC) Sdn Bhd melaksanakan beberapa strategi bagi menyokong agenda Kerajaan Sabah khususnya dalam pembangunan modal insan.

Ketua Pegawai Eksekutif SEC Datuk Adzmir Abd Rahman berkata, ia termasuklah pengambilan pekerja-pekerja dalam kalangan graduan dari latar belakang keluarga B40 atau yang kurang bekemampuan tetapi memperoleh keputusan akademik baik.

Katanya, langkah itu bukan saja dapat membantu dalam usaha mengurangkan jumlah pengangguran di Sabah, malah mampu untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka serta keluarga.

“Pekerja-pekerja ini juga telah diberi peluang menimba pelbagi ilmu pengetahuan baru daripada pakar-pakar pelbagai bidang terutama di dalam sektor minyak dan gas.

“Ini termasuklah latihan peningkatan kemahiran di Kuala Lumpur dan sebagainya. Pendekatan ini, telah berjaya meningkatkan lagi bilangan pekerja-pekerja tempatan yang mahir di Sabah dan dapat mengurangkan kebergantungan kita kepada kepakaran dari luar.

“Ini sekaligus mampu mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkualiti tinggi terutama di industri tenaga serta dapat merapatkan jurang kemahiran antara kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Maj;is Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri SEC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini .

Majlis turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Pengerusi SEC Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub.

Adzmir berkata, pihaknya juga telah berjaya merealisasikan aktiviti permindahan pengetahuan melalui latihan-latihan yang bersesuaian dengan struktur perniagaan SEC.

Katanya, perancangan SEC pada masa terdekat ini juga termasuklah pengambilan tenaga kerja daripada individu yang berada di dalam kelompok miskin tegar.

“Selain itu, di dalam menyokong agenda kerajaan negeri Sabah bagi usaha pemerkasaan wanita di bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pula, SEC turut memberikan pekerja-pekerja wanita peluang untuk terlibat dalam ruang kepimpinan seperti penyelia dan ketua projek.

“Peluang yang diberikan kepada mereka ini telah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan menunjukkan hasil yang memberansangkan.

“Ini juga turut membuktikan kepada semua, bahawa wanita juga memiliki kemampuan yang setaraf dengan lelaki andainya diberikan ruang dan peluang kepada mereka,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, Hajiji turut menyaksikan penyerahan sumbangan kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) sebanyak RM200,000 yang disampaikan Adzmir kepada Rugayah Awang Besar.

Selain itu, pada majlis itu turut dilancarkan Buku Plan Pencegahan Rasuah Organisasi SEC. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular