HomeUtamaGaji penjawat awam Sabah dinaikkan selaras pengumuman PM - Hajiji

Gaji penjawat awam Sabah dinaikkan selaras pengumuman PM – Hajiji

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Gaji penjawat awam negeri Sabah akan dinaikkan selaras pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelarasan berhubung perkara itu bagaimanapun akan dilaksanakan selepas pengumuman lanjut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar pada pembentangan Belanjawan 2025 nanti.

“Ini yang juga kita tunggu-tunggu, Kerajaan Persekutuan sudah mencadangkan untuk menaikkan gaji penjawat awam Persekutuan dan pengumuman lanjut Perdana Menteri mungkin akan umum semasa belanjawan negara.

“Dan kita juga akan menaikkan gaji penjawat awam Sabah, jangan bimbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan sambutan  Tripartite Hari Pekerja Peringkat Negeri Sabah 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pagi tadi.

Ketika ditanya mengenai jumlah peratus kenaikan, Hajiji berkata, jumlah kenaikan adalah sama seperti penjawat awam Persekutuan.

“Kita ikut Kerajaan Persekutuan (peratus kenaikan). Tapi kita tunggu dulu pengumuman Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Media pada 1 Mei lalu melaporkan, Perdana Menteri mengumumkan berita gembira bahawa penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus mulai 1 Disember depan.

Anwar berkata, sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji penjawat awam adalah pada kadar 13 peratus, namun Kerajaan Madani akan memastikan jumlahnya akan lebih tinggi daripada itu.

“Untuk tahun depan, bila kita mula laksanakan, ia akan mencecah lebih RM10 bilion, kerana jumlahnya agak besar dan kenaikannya agak lumayan.. dan ini adalah kenaikan paling baikl Daam negara.

“Kita juga akan meneliti daripada segi kewangan dan bagaimana ia boleh menampung tetapi pada masa sama hutang negara tidak lebih (daripada sepatutnya),” katanya ketika berucap sempena Sambutan Hari Pekerja 2024 yang bertemakan Pekerja KESUMA Bangsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular