HomeIsu tempatanLebih 2,000 pengunjung meriahkan Hari Raya Mutiara UMS

Lebih 2,000 pengunjung meriahkan Hari Raya Mutiara UMS

Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu : Lebih 2,000 pengunjung dan pelajar hadir memeriahkan sambutan Hari Raya Mutiara Universiti Malaysia Sabah (UMS) ‘Klasik Raya’ yang diadakan di Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2 di sini hari ini.

Majlis yang dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin itu turut dihadiri isterinya Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M. Jasni.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor,  Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Timbalan Speaker, Brigader Jeneral Datuk Al Hambra Juhar dan Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor.

Dr Kasim ketika berucap berkata, sambutan yant diadakan itu adalah bertujuan bagi mewujudkan semangat kekeluargaan selain mampu digunakan sebagai medan pertemuan yang paling kukuh dan padu demi memupuk keharmonian.

Katanya, ini adalah antara keunikkan Malaysia yang berjaya menyuburkan perpaduan dan keharmonian menerusi sambutan perayaan seperti ini dan juadah yang dihidangkan membuktikan yang makanan menjadi pengerat hubungan dan keakraban masa kini.

“Justeru, kehadiran kaum pelbagai bangsa dan agama dalam majlis sambutan seperti ini berupaya mewujud dan mengukuh silaturahim yang sedia terjalin selama ini.

“Saya yakin dan percaya, majlis ini berjaya menyatukan kepelbagaian agama dan budaya, menunjukkan keharmonian berbilang latar belakang kaum dan kepercayaan, yang akhirnya mencetuskan kesatuan dan muhibbah dalam kalangan warga.

“Majlis sebegini boleh dijadikan batu loncatan untuk kita merapatkan kembali hubungan, saling bermaafan dan bersedia membuka lembaran baru bagi mewujudkan permuafakatan yang lebih utuh lagi,” katanya. – SABAH MEDIA  / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular