HomeSukanSabah FC pastikan keselamatan pemain, pegawai terjaga

Sabah FC pastikan keselamatan pemain, pegawai terjaga

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan tahap keselamatan para pemain dan pegawai pasukan itu berada pada tahap terbaik khususnya bagi menghadapi saingan Liga Super 2024/25.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ia adalah susulan serangan ke atas tiga pemain bola sepak negara yang berlaku baru-baru ini.

“Kita agak terkejut dan rasa sedih terhadap tiga serangan yang berlaku kepada tiga pemain bola sepak setakat ini. Kita harap perkara ini tidak lagi berlanjutan dan tidak berjangkit ke tempat lain.

“Dalam masa sama kita di Sabah mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan pemain kita berada dalam keadaan yang selamat agar mereka rasa tenang dan boleh fokus bermain dalam saingan liga yang bermula minggu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran jersi baharu Sabah FC yang dinamakan ‘Tagap’ di sini hari ini.

Beberapa hari lalu, negara dikejutkan dengan tiga serangan jenayah terhadap tiga orang pemain bola sepak kebangsaan iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan terbaharu Safiq Rahim.

Kesemua mereka diserang selang dua hari dari kejadian masing-masing.

Bermula dengan serangan samun ke atas pemain pasukan Terengganu FC (TFC), Akhyar, 25, pada Khamis lalu oleh dua individu tidak dikenali, berhampiran sebuah kondominium di Kuala Terengganu.

Dua hari kemudian, pada 5 Mei, arena bola sepak tempatan sekali lagi dikejutkan dengan insiden bintang Selangor FC, Faisal, 26, yang mengalami kelecuran tahap empat akibat disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah.

Belum sempat reda isu Akhyar dan Faisal, seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan dilaporkan diserang individu tidak dikenali, kelmarin. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular