HomeUtamaMUIS, JHEAINS digesa bincang, kajian bina kuarters

MUIS, JHEAINS digesa bincang, kajian bina kuarters

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) digesa mengadakan perbincangan serta kajian pembinaan kuarters kakitangan.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, perbincangan dan kajian bersama yang akan dibuat dua agensi agama itu penting bagi merealisasikan hasrat tersebut.

“Ia merupakan salah satu usaha bagi memastikan kebajikan kakitangan jabatan tersebut terus dijaga dan sekiranya dapat dilaksana ia sangatlah baik bagi membantu kakitangan yang memerlukan kemudahan tersebut.

“Diharap kajian itu dapat dijalankan dengan kadar segera dan maklumat lanjut mengenai usaha berkenaan akan segera dimaklumkan kepada media dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JHEAINS Tahun 2023 di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah JHEAINS, Jumain Abdul Ghani turut menyambut baik saranan untuk membina kuarters bagi kakitangan jabatan tersebut memandangkan ramai kakitangan JHEAINS dan MUIS yang mengalami kesukaran seperti tidak mempunyai rumah sehingga perlu menyewa.

“Bagi memastikan usaha tersebut kena pada sasarannya maka keutamaan yang akan menikmati kemudahan tersebut nanti akan diberikan kepada kakitangan peringkat rendah dan kurang berkemampuan.

“Beberapa lokasi juga sudah ada dalam senarai untuk dipertimbangkan bagi menjadi tapak lokasi pembinaan kuarters tersebut dan Insyaallah perbincangan lebih lanjut juga akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam majlis berkenaan, seramai 35 kakitangan JHEAINS menerima APC bagi Tahun 2023 manakala 20 orang penerima pula menerima kategori Anugerah Khas Cemerlang JHEAINS bagi Tahun 2023.

Hadir sama,Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Islam (SIEDEC) merangkap Ahli Majlis Tertinggi MUIS, Datuk Sairin Karno,Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad dan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah, Datuk Norjeli Dais.

RELATED ARTICLES
Luar negaraUtama

Helikopter Terhempas: Ebrahim Raisi Dilaporkan Maut Bersama Penumpang Lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular